Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet


Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya tulisan Anjell di slot Akasia. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy. Ditunjangi oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Drama siri Suamiku Paling Sweet dijadualkan bersiaran pada 13 Februari nanti di TV3 menggantikan drama Biar Aku Jadi Penunggu.


JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 13 Februari 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Lia Natalia


WATAK PELAKON
Mawar Rashid sebagai Qisya Iris
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Natasya Mahyan sebagai Maya

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet


SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan. 

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
1001petua.com
AUTHOR
Jumaat, Februari 10, 2017 8:47:00 PTG delete

p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..banyak petua dan tips berguna yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon