Kecewa BR1M Gagal. Antara Sebab-Sebab Pemohonan BR1M Tidak Berjaya.

Leave a Comment

Sejak dua menjak ni, timeline penuh dengan luahan dari mereka yang gagal menerima BR1M. Sedih juga tau baca luahan mereka ni, lebih-lebih lagi mereka yang berkeluarga.

Bagi mereka yang tidak berjaya boleh buat RAYUAN bermula 3 APRIL HINGGA 31 MEI dan bawa dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sebelum itu, korang baca dulu punca-punca BR1M di tolak. Semoga dapat membantu korang.

BR1M 2017 Anda Ditolak? Baca 17 Punca Ini Dulu.

SEJAK awal pagi heboh di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kesal susulan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka ditolak.

Timbul pelbagai persoalan yang ‘menghantui’ fikiran pemohon yang memikirkan sebab permohonan mereka ditolak sedangkan sudah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi menerima bantuan berkenaan.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berikut adalah di antara kesalahan-kesalahan, punca atau sebab permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal :

👉 Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.

👉 Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.

👉 Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).

👉 Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).

👉 Maklumat tanggungan tidak lengkap.

👉 Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.

👉 Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.

👉 Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.

👉 Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.

👉 Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

👉 Nama pemohon berbeza dengan data JPN.

👉 Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.

👉 Permohonan lebih daripada satu kali.

👉 Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.

👉 Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.

👉 Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Diharapkan dengan informasi ini dapat menjawab ‘persoalan’ pemohon BR1M yang ditolak mentah-mentah kerana kesilapan anda ketika menyatakan maklumat yang tidak sahih.

Pemerhatian di laman web BR1M mendapati syarat kelayakan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

Difahamkan, bagaimanapun terdapat perincian syarat kelayakan yang hanya diketahui oleh agensi yang dilantik kerajaan bagi menyemak setiap permohonan.


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 Komen:

Catat Ulasan

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...