Tanda Anda Memiliki Mental Yang Kuat

10 Ciri Ini Tanda Anda Memiliki Mental Yang Kuat

Hidup ini memang penuh dengan liku-lkku, sebab itulah kita perlu memiliki ketahanan mental yang kuat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Kadang-kala ujian yang datang boleh melemahkan semangat atau timbulnya rasa putus asa dalam diri. Kata orang tua-tua "hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah".

Kebiasaanya, kejayaan milik orang yang mempunyai sifat percaya diri yang baik atau lebih mesra dipanggil mempunyai mental yang kuat! Ini kerana, sifat ini membuatkan mereka dapat mengawal emosi walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Hasilnya, pemikiran dan tingkah laku inilah yang menjadi sebahagian daripada kunci mereka cemerlang dan bahagia dalam hidup. Tidak dinafikan, semua orang berhak untuk memiliki mental yang kuat. Asalkan ada kemahuan dan keberanian untuk melakukannya. Supaya lebih jelas, kali ini saya akan cuba membahaskan ciri-ciri yang ada pada orang yang memiliki mental yang kuat.

1. Bertanggungjawab
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak duduk termenung mengenang nasib yang menimpa dirinya. Tidak minta dikasihi walau seteruk mana pun ujian yang hadir. Mereka mengambil langkah bertanggungjawab terhadap perbuatan yang telah mereka lakukan dan sentiasa memahami yang hidup ini tidaklah mudah.

2. Mereka tidak dikawal oleh sesiapa
Orang yang memiliki sifat ini tidak membenarkan sesiapa sahaja mengawal diri mereka. Mereka tidak mengizinkan orang lain berkuasa di atas hidup mereka dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka tidak akan menyalahkan orang lain. Mereka boleh memberi respon dalam pelbagai keadaan dengan cara yang bijak. Mereka inilah orang yang ‘berani buat berani tanggung'.

3. Boleh mengawal emosi
Antara paling ketara yang dapat dilihat adalah orang seperti boleh mengawal emosi mereka. Contohnya bila berhadapan dengan situasi yang teruk seperti kehilangan dompet. Selalunya mereka tidak akan mengeluh dan cuba fokus kepada apa yang patut dilakukan.

Menyedari sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan dan terus melakukan tindakan. Menurut pendapat mereka, tiada satu masalah pun yang tidak dapat diselesaikan. Katanya "bukan mati pun".

4. Tidak ikut orang lain
Hanya kerana ramai orang lakukan sesuatu perkara, ini tidak bermakna mereka juga perlu melakukan perkara yang sama. Pemikiran mereka tidak mudah dipengaruh. Dan mereka juga sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.

5. Tidak pedulikan kata org terhadapnya
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak menghiraukan tanggapan orang lain, mereka sedar bahawa tidak perlu menyenangkan semua orang. Mereka tidak takut untuk berkata tidak atau berkata benar jika diperlukan.

Prinsip mereka adalah berusaha untuk menjadi baik dan berlaku adil kepada semua orang, dalam masa yang sama boleh menangani sifat marah orang terhadap dirinya.

6. Tidak takut mengambil risiko
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak mengambil risiko sebarangan, tetapi mereka juga tidak takut untuk mengambil risiko. Mereka menghabiskan masa untuk menilai sesuatu risiko sebelum membuat keputusan yang besar.

7. Tidak mengenang masa lalu
Orang seperti ini tidak akan dimakan oleh kesilapannya di masa yang lalu. Mereka tidak membuang masa dengan memikirkan kesilapan yang lalu atau apa sahaja perkara buruk yang pernah dilaluinya.

Mereka belajar dari kesilapan, dalam masa yang sama berusaha untuk menjadi lebih baik dan merancang masa hadapan yang cemerlang.

8. Tidak dengki dengan orang lain
Mereka tidak dengki malah menghargai kejayaan orang lain. Mereka tidak rasa terhina atau patah hati ketika orang lain mampu mencapai lebih daripadanya. Orang seperti ini percaya bahawa setiap kejayaan datang dari usaha dan kerja keras.

9. Pantang menyerah kalah
Gagal bukan alasan untuk berhenti dari berjaya. Orang yang memiliki mental yang kuat tidak kalah dengan kegagalan, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai pendorong kebangkitannya. Mereka sentiasa bersedia untuk terus mencuba sehingga berjaya.

10. Tidak takut bersendirian
Oleh kerana sifat yakin dan percaya pada diri sendiri yang kuat, mereka tidak takut untuk berdiri pada kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ketika bersendirian, mereka akan menggunakan waktu dgn sebaik mungkin untuk menjadi lebih produktif. Bagi mereka kejayaan tidak bergantung kepada orang lain melainkan dirinya sendiri.

Bersendirian bukan bermaksud hidup dalam kesepian atau tanpa teman, tapi mereka mampu berdikari dan bahagia walaupun seorang diri.

Di atas adalah sebahagian daripada ciri-ciri orang yang memiliki mental yang kuat. Adakah anda memiliki ciri-ciri ini, jika ya! Anda adalah salah seorang daripadanya. Atau tepuk dada, tanyalah iman.


Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon