Kenapa Perlu Cuci Pakaian Yang Baru Di Beli?

2 comments

Kenapa Perlu Cuci Pakaian Yang Baru Di Beli?

Kenapa Perlu Cuci Pakaian Yang Baru Di Beli?

Kenapa Perlu Cuci Pakaian Yang Baru Di Beli? | Korang basuh tak pakaian baru yang korang beli? Ada yang suka pakai terus tanpa mencuci dulu pakaian baru tersebut. Aku kadang-kadang tu kalau mood excited dengan pakaian baru aku akan terus pakai.. huhu.. nampaknya lepas ni kena rajinkan cuci dulu pakaian baru sebelum nak guna... Kalau pakaian dalam tu, memang wajib la cucikan.. 

Pakaian yang baru dibeli haruslah dibasuh terlebih dahulu sebelum memakainya. Kenapa perlu berbuat demikian?

Ada sebab-sebabnya, kenapa kita perlu basuh dahulu baju yang baru dibeli:
  • Baju yang baru dibeli sudah semestinya pernah dicuba oleh orang lain
  • Kena tahu, baju baru mempunyai bahan kimia yang datangnya dari proses pembikinan baju tersebut. Bahan kimia banyak digunakan dalam pencelupan kain untuk diproses dalam peralatan berputa. Perkara ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Kenyataan ini dinyatakan sendiri oleh pakar pembuatan pakaian
  • Bagi pakaian dry-clean atau outerwear tidak perlu dicuci dahulu tetapi lebih elok dijemur di bawah cahaya matahari untuk membasmi kuman pada pakaian tersebut. 
Nampaknya lepas ni kena rajin-rajin cuci pakaian baru sebelum di gunakan. Penting menjaga kebersihatan pakaian supaya kita terhindar daripada penyakit..

Mencegah lebih baik dari mengubati. 
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Betul kena cuci dulu.. manatau ada kurap2 melekat kat baju

    BalasPadam
  2. semestinya cuci dahulu pakaian yg baru dibeli ..CCL selalu rendam semalaman ,,

    BalasPadam

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...