Khasiat Kurma

Khasiat Kurma


Alhamdulillah, bertemu lagi Ramadhan tahun ni. Allah panjangkan jodoh kita dengan Ramadhan ini.. Bila Ramadhan datang, kita sinonim dengan kehadiran buah kurma. Bersahur dengan beberapa biji kurma untuk mengekalkan tenaga seharian dari kehausan dan kelaparan. Kemudian berbuka pula dengan sekurang-kurangnya sebiji kurma. 

Kurma memang banyak khasiatnya. Dan kerna khasiatnya, pelbagai produk berasaskan kurma berada di pasaran. Walau bagaimanapun, buah kurma tetap menjadi pilihan kita. 


Antara khasiat buah kurma ialah :

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
  • Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
  • Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium
  • Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
  • Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori
  • Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
  • Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
  • Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
  • Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Sumber dari penpatah.blogspot.com

SALAM RAMADHAN, 
1 tahun tak terasa Ramadhan pun telah kembali mendatangi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan, Selamat menunaikan ibadah puasa.
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
Eeca Shyaa
AUTHOR
Isnin, Mei 22, 2017 3:08:00 PTG delete

Byk khasiat kurma nii. Tp echa kurang minat la huhhu. 😅

Reply
avatar
Sue Izza
AUTHOR
Selasa, Mei 23, 2017 12:44:00 PG delete

feveret sepanjang masa walau bukan bulan ramdhan wajib ada kat rumah hehehe

Reply
avatar
panphila
AUTHOR
Khamis, Mei 25, 2017 2:34:00 PTG delete

"Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

First time dengar perihal tu. If only I could eat during my pregnancy... :( Saya cuba untuk makan, but too sweet! Sedangkan sebelum mengandung, boleh je makan. Now I feel devastating pula bila fikirkan pasal tu huhu

http://panphila.blogspot.my

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon