10 Resepi Biskut Raya

10 Resepi Biskut Raya - Part 1



BISKUT CHEESE


Bahan - bahan :
  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

Sumber : http://bit.ly/2pWvvzD

CARA2:

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.


BISKUT NESTUM


Bahan-bahan:
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis (ganti ngan choc chip pun bole)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Sumber : http://bit.ly/2pWvvzD

Cara:

1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati.
3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati.
4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c (ikut oven).


Biskut Sarang Semut


Bahan-Bahan:
  • 1 cawan marjerin
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ tepung gandum - di ayak
  • 1 ½ tepung kastad - di ayak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

Bahan Hiasan :
  • coklat rice coklat
  • paper-cup kecil

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.
5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau sampai masak


Resepi biskut popia nestum


Bahan-bahan:
  • 1 bungkus popia
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula - kisar halus
  • 1 cawan nestum - kisar halus
  • Lidi satay
  • Telur
  • Minyak masak
Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara - cara:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

2. Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan.

4. Apabila sudah sejuk, tabur,horlicks, gula dan nestum kisar di atas kulit popia tersebut. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan di atas. Simpan dalam bekas kedap udara.


Resepi Tart Nenas Gulung


Bahan-Bahan Tart Nenas Gulung
  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum 

~ utk tart gulung(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)*
kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel dengan bulat2 (kecik sedikit dari guli)

Hiasan:
1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga-tiga bahan ini sehingga sebati.

Cara-cara membuat Tart Nenas Gulung
  • Ayak ke tiga-tiga tepung.
  • Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  • Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  • Perap sebentar supaya doh ini mesra.
  • Ketika membuat tart gulung ini buat la macam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur ) 
  • Buat hingga adunan habis dan bakar sehingga masak dgn suhu 175 - 180C. 
  • Bakar dalam anggaran 25 minit.
  • Angkat dan sejukkan atas rack dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


ALMOND ROCHER


BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
  • 100gm mentega
  • 40gm gula kastor
  • 1 sudu makan susu
  • pekat manis
  • 1/2 sudu makan pes mocca

Bahan B:
  • 30gm cornflakes |dikisar halus
  • 10gm badam kisar
  • 10gm croquant
  • 40gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan tepung beras
  • 120gm tepung gandum

Bahan Hiasan:
  • 3 biji telur putih
  • Sedikit badam cincang
  • Coklat masakan putih
  • Coklat putih

Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

CARA MEMASAK:

1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150˚C.
6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat putih di atasnya.


CORNFLAKES MADU


Bahan A:
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1 cawan madu

Bahan B:
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan badam cincang panggang/ gajus

Hiasan:
  • mangkuk kertas kecil
  • ceri merah dan hijau dipotong kecil

Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara:

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah/ hijau.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SEMPERIT COKELAT


Bahan-bahan:
  • 240 g mentega
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 120 g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 150 g tepung jagung 
  • 80 g tepung kastard
  • 230 g tepung gandum

Hiasan:
  • cip coklat secukupnya

Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara Memasak:
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati
  • Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  • Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
  • Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  • Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.


SEMPERIT COKELAT


Bahan-bahan:
  • 240 g mentega
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 120 g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 150 g tepung jagung 
  • 80 g tepung kastard
  • 230 g tepung gandum
Hiasan:
  • cip coklat secukupnya

Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara Memasak:

  • Pukul mentega dan gula hingga sebati
  • Masukkan kuning telur dan pukul sebati lagi
  • Selepas itu masukkan tepung gandum, tepung jagung ,tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko. Uli hingga menjadi doh lembut.
  • Sapu dulang dengan mentega. masukkan doh dalam acuan bunga dahlia atau bergerigi. Picit doh di atas dulang.
  • Hiaskan dengan taburan coklat cip di atasnya. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15-20 min.


BISKUT ALMOND LONDON


Bahan-bahan:
  • 250g mentega
  • 125g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50g serbuk badam (optional)
  • 200g tepung jagung - ayak
  • 300g tepung gandum - ayak
  • 1 sudu besar tepung beras - ayak
  • 1 sudu teh baking powder - ayak 
  • 200g kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50g badam cincang untuk hiasan
  • +/- 700g cokelat compound

Sumber: http://bit.ly/2pWvvzD

Cara Membuat:

1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Masukkan serbuk badam dan kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
7.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon