Kad Raya Pertama 2017

Kad Raya Pertama 2017



Kad Raya Pertama 2017 | Bila tiba Ramadan dan semakin hampir kita dengan Syawal, perasaan nak sambut raya tu mesti berkobar-kobar kan.. Dan bila nak raya ni, Kad Raya menjadi salah satu perantaraan untuk ucapan raya... Tahun ni, kad raya pertama aku dari seorang novelis, iaitu Zahirah Ramsa, Kerana Perempuan Itu merupakan karya pertama dari Zahirah Ramsa yang aku baca. Hehe.. Tentang novel tu, nanti aku ceritakan ye.. ni nak cerita tentang kad raya...

Tradisi Kad Raya ni memang dah lama, tapi sejak adanya teknologi canggih seperti email, whatsap, facebook dan sebagainya, tradisi kad raya ni macam dah berkurangan. Tapi kita anak-anak yang lahir sebelum era 2000 ni memang lebih suka kalau ada yang sudi bagi kad raya.. 

Teringat zaman sekolah dulu, suka bertukar kad raya dengan kawan-kawan.. Hahaha dalam kad tu siap berpantun lagi...
Pecah kaca, Pecah Gelas,
Lepas Baca, Harap Balas.
Kawan yang dapat dan baca pantun terpaksalah balas balik... hahaha. Lepas tu, kawan pun balas balik, siap balas pantun lagi.
Pecah Kaca, Pecah Tong,
Lepas Baca Harap Gantung.

Bila raya kita jalan-jalan rumah kawan dengan harapan nak tengok kad raya kita dia gantung tak.. Rasa di hargai bila tengok kad raya kita bergantung kat rumah kawan... Nampak meriah raya bila tengok kad raya bergantung kat dinding, kat ranting pokok..  Harap tradisi Kad Raya ni bekekalan selamanya. 

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya.
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Nazlee Ismail
AUTHOR
Rabu, Jun 14, 2017 12:01:00 PG delete

Rumah pcl memang tak pernah gantung kad raya. Xde yg nk bagi kad.. dah bertahun2 lamanya x dapat kad. Kalau ada pun satu dua keping mana cantik nak gantung.. x meriah la.

Reply
avatar
Rabu, Jun 14, 2017 10:32:00 PG delete

wahh, old skool sangat masih dapat kad raya macam ni. =)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon