Ku Tunggu Dudamu

Ku Tunggu Dudamu



Ku Tunggu Dudamu. Mula-mula baca novel ni, nama hero dan heroin dia kelakar tapi unik.. Buku ni di cetak sebab permintaan yang tinggi iaitu 'PRINT ON DEMAND'. Kisahnya Dara dan Aladin ni belajar ke doktoran di luar negara iaitu Rusia.. Unik tak nama Dara macam nama zaman dahulu sangat nostalgia. Lebih indah bila di sebut Dara Dahlia.. Aladin pula boleh buat kita teringat kartun Aladin kan.. Hahaha.. Ali Aladin, haaa baru nampak nama melayunya...

Sambung balik novel Ku Tunggu Dudamu.. Dara dan Aladin ni merupakan pasangan yang bercinta. Bukan senang si Al ni nak pikat Dara.. 3 tahun berkawan baru si Al ni dapat hati dara.. Susah senang, sihat sakit si Dara ni, si Al lah yang menjaganya.. Sampaikan aku pun teringin nak cuba rasa 'Sup Ayam Oregano' si Al ni.. Asal di Dara sakit. si Al buat sup ayam oregana.. macam sedap je... heheh

Kemuncaknya si Al ni ajak di Dara kahwin. Duduk luar negara, bilik pula berjiran.. huhu.. memang godaan dan mencabar iman sangat.. Dalam hangat di lamun cinta tiba-tiba si Al ni minta berpisah. Si Dara pula tak tahu salah apa... Lepas tu di khabar pula si Al berkahwin dengan musuh Dara iaitu Sasha..

Bertahun berlalu, Dara pun habis berlajar dan berkerjaya sebagai doktor. Nak di jadikan kisah. Rumah si Dara berjodoh dengan rumah si Al dan Sasha.. Jadilah perang antara jiran.. Walaupun di Dara tak kacau rumah tangga orang tapi si Sasha rasa tergugat bila ex girlfriend suami jiran sebelah..

Di sebabkan sikap Sasha yang sangat sosial sehingga kantoi ada scandal. Al pun ceraikan Sasha.. Sasha pula tak sedar kesalahan diri, tetap menyalahkan dara punca penceraiannya.

Dara pula pada masa tu, dalam proses mengenali pilihan keluarga untuk di jodohkan. Tapi di sebabkan sikap cemburu Sasha, Sasha berusaha memusnahkan kebahagiaan Dara dengan menyebarkan fitnah sehingga terbatal rancangan 'Jodoh Pilihan Keluarga'. Harapan Dara yang untuk memiliki keluarga musnah akibat fitnah Sasha.

Di sebabkan sikap bodoh Sasha ni, Dara melarikan diri keluar negara untuk memenangkan fikiran. Dan Al mengejar Dara dan melamar Dara sebagai isteri.. Hahaha. Padan muka Sasha. Akhirnya Duda Sasha kawin dengan Dara..

Happy Ending? Korang rasa macam mana? Sasha masih kacau lagi tak.. hehehe. Apa jadi dengan Sasha di penghujung cerita. Hehehe.. Nak tahu penghujungnya, dapatkan novel Ku Tunggu Dudamu ni ye.. Hehehe

Jalan cerita yang menarik. 🌞🌞🌞🌞🌞 5 Bintang untuk Novel Ku Tunggu Dudamu


Sinopsis Belakang Novel :
Dara hilang arah apabila tiba-tiba Aladin mahu mereka berpisah sedangkan cinta mereka sedang berada di kemuncak bahagia. 

“Apa salah I, Al?” - Dara 
“You tak salah apa-apa, Dara. Cuma jodoh kita tak ada.” - Aladin 

Rupanya, Aladin sudah mengahwini Sasha. Sangat menyakitkan kerana Sasha itu adalah sahabatnya sendiri. Sahabat yang menikamnya dari belakang. 

Bertahun berlalu, Dara tak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Aladin dan Sasha. Rumah yang baru dibelinya, berjiran dengan mereka. Dan berlakulah ‘perang jiran tetangga’ 

“I punya suka lah. Kalau tak suka blah. Pindah rumah. Senang cerita.” -Sasha 
“Tengoklah siapa pindah dulu.” - Dara 
“A bitch is always a bitch.” - Sasha 
“Tak payah goyah lah kalau betul Al cintakan kau. Tapi kalau dia berpaling pada aku, bermaksud kau tak cukup baik untuk dia.” - Dara 

Betul ke Sasha tak cukup baik buat Aladin? Hanya Aladin yang mampu menjawabnya. Dan Dara, kenapa masih sendiri jika sudah mampu melepaskan cintanya?

2059


Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
aswaleyla
AUTHOR
Ahad, Jun 04, 2017 7:07:00 PTG delete

uuu ku tunggu duda mu ? dah lama tak baca novel

Reply
avatar
Selasa, Jun 06, 2017 11:01:00 PG delete

tajuknya memang perghh, tapi alaaa, cerita la sampai habis, IQ tak berkesempatan nak baca novel skrg

Reply
avatar
Isnin, Jun 12, 2017 12:04:00 PG delete

lagu irwansyah 'ku tunggu jandamu'..ni tunggu duda pulak hehehe

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon