Raya 2017, Bersederhana Di Aidil Fitri

Raya 2017, Bersederhana Di Aidil Fitri


Tahun ni, Hari Raya di sambut sederhana je, cukup sekadar untuk merai tetamu yang berkunjung di rumah. Dua minggu selepas puasa, kami sekeluarga di uji, bapak di masukkan ke hospital.. 4 hari di tahan di wad, syukur alhamdulillah lepas itu boleh keluar hospital. 

Dari hari raya pertama, Alhamdulillah saudara mara datang berziarah melawat bapak di rumah.. Seronok tengok rumah yang ramai. Masing-masing bagi kata semangat kat bapak supaya cepat sembuh. Raya kedua pulak, jiran-jiran datang melawat... Saudara yang jauh dari Kuching pun datang beraya di rumah. 


Walaupun kuih raya tak banyak tahun ni, Alhamdulillah ada rezeki untuk tetamu yang datang. Walaupun letih, tapi hati terasa puas melihat tetamu yang berkunjung di rumah. Baju Raya? Tahun ni, keluarga aku pakai baju raya tahun lepas je. Kalau ada baju baru pun, mood nak melaram tu tak de..  Gambar raya pun tak de.. hehehe

Syukur Alhamdulillah bapak semakin sihat, dan di beri peluang untuk berbakti kepada orang tua. Insya Allah. Semoga bapak semakin sihat. Setakat hari ni Raya ke 8, hanya 4 buah rumah je yang aku ziarah.. huhu.. itupun rumah saudara mara je, keutamaan kami sekeluarga ialah bapak yang masih memerlukan kami semua... 

Semoga bapak di cepat sembuh, di beri kesihatan yang baik..


Esok? Esok aku dah mula kerja. Ramai juga yang akan memulakan pekerjaan esok hari kan.  Anak-anak pun mula sekolah esok. Haha. mesti kebanyakkan kita masih dalam mood raya. Tak pe Raya sebulan. Lepas ni, mesti ramai yang sudah balik ke tempat mencari rezeki. Sambut raya di tempat kerja pula kan.. hehehe..

Masih dalam mood raya kan? Jadi, bila dah balik ke rumah sendiri, boleh buat makan-makan sikit, jemput rakan-rakan tepat kerja, jiran-jiran beraya di rumah semdiri pula, rapatkan hubungan silaturahim. hehehe..

Hari ni mesti ramai yang akan pulang ke tempat mencari rezeki. Berhati-hati di jalan raya, memandulah dengan cermat dan semoga selamat sampai ke destinasi.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon