Terlupa Kad Watsons, Sebut Je Number Handphone

Terlupa Kad Watsons, Sebut Je Number Handphone


Baru-baru ni aku jadi member Watsons. Sebelum ni, abang aku yang jadi member watsons ni, jadi gunakan kad dia jelah. Tapi kad tu dah hilang... huhuhu. Nak tak nak buat baru jelah.. Yang bestnya kad member baru watson ni kita boleh daftarkan di laman web watsons. Kelebihan pertama yang aku nampak masa kat kaunter bayaran watsons tu, kalau kita lupa kad kita sebut je nombor handphone yang kita daftarkan untuk kumpulkan points. Sebelum bayar tu, aku dengar je dua tiga pelanggan watsons yang sebut je number handphone dia orang sebab tak bawa kad. Aku rasa memudahkan pula jadinya ..

Kelebihan lain yang aku suka ialah 'LIFETIME MEMBERSHIP'.. ni yang aku suka juga, tak perlu nak ingat bila expired card dan nak renew tiap tahun. salah satu tarikan yang aku suka.. Watsons bukan supermarket yang akan sentiasa kita kunjung pergi setiap minggu untuk membeli belah. Kadang-kadang je aku pergi watsons. Tapi bila dah masuk watson 5 minit boleh jadi 50 minit.. hahaha.. nak beli satu produk boleh jadi 10 produk yang di beli.. Memang menggoda tengok produk-produk dalam watsons. Jadi salah seorang ahli seumur hidup sangatlah memberi kelebihan kepada pelanggan Watsons.


Terlupa Kad Watsons, Sebut Je Number Handphone


Aktifkan dulu kad Watsons korang, supaya bila lupa kad Watsons korang dapat menjimatkan masa, tak perlu balik rumah ambil kad watsons. Cara nak aktif pun mudah.. 

1. Pergi ke laman web watsons iaitu https://www.watsons.com.my/login


2. Klik Sign up / Activate Card


3. Masukkan Card Number dan Password.

4. Mana nak daptakan card number dan password ni. Belakang kad watsons ada card number dan password kita. Pekerja Watsons pasti akan bagitahu korang.


5. Submit. Kemudian isi Detail korang. No handphone jangan lupa. Sebab nanti ada Code Number di hantar ke handphone korang untuk aktifkan Member Card Wtasons korang. 

6. Selepas masukkan Code yang diberikan, Kad Watsons korang akan aktif sudah.

Korang boleh cek berapa points terkumpul korang juga. Nak tengok sale-sale di watsons pun mudah, semua di hujung jari je. Lagi mudah korang boleh beli secara online dan tunggu je barang sampai rumah.. 

Ada yang suka beli secara online, dan ada juga yang suka beli ke kedai membeli produk secara walk in.. Citarasa setiap kita tak sama. Dan aku suka membeli di kedai secara walk in.. haha.. suka nak tengok produk kecantikan lain.. Macam lipstik, bedak, makeup.. hehe.. 

Wanita memang tak boleh lari dari produk kecantikkan kan kan.. 

Previous
Next Post »

10 Komen

Write Komen
Kin Naz
AUTHOR
Isnin, Julai 03, 2017 11:43:00 PG delete

Betul tu. Yg baru ni lebih mudah dan efisien

Reply
avatar
Isnin, Julai 03, 2017 6:04:00 PTG delete

ooo.. kalau kad yang lama boleh guna cara ni tak?

Reply
avatar
Azwar Syuhada
AUTHOR
Rabu, Julai 05, 2017 8:44:00 PTG delete

Tak sempat lagi tukar kad baru ini ;)

Reply
avatar
emma diana
AUTHOR
Khamis, Julai 06, 2017 8:52:00 PG delete

ao easy . selama ni ema kalau tertinggak kad ema x but mcm tu pun . huwaaaaa sedih nya ..

hai salam kenalan dari emma . saya comeback untuk blogging . Jom follow saya . i'm done follow you . banyak story emma share kan seperti ni :-

Tak sia sia rajin tag dan share . So ni reward yang kekma dapat .

http://emmadianastory.blogspot.my/2017/06/vanitymirror-cermin-ajaib.html?m=1

Reply
avatar
Rabu, Julai 12, 2017 8:17:00 PTG delete

ada jugak kad ni tp jd touch n go dah.. hehehe

Reply
avatar
iffah hussin
AUTHOR
Khamis, Ogos 10, 2017 3:05:00 PTG delete

Bestnya banyak faedah dan jimat bebelanja bila dah jd member

Reply
avatar
Khamis, Ogos 10, 2017 9:42:00 PTG delete

ha'ah haritu terlupa bawak dah sedih dah tak boleh dapat points lepastu dia tanya no phone. happy sangat sebab dpt points hihi

Reply
avatar
Isnin, September 04, 2017 3:12:00 PG delete

dah lama ada kad watson tapi belum activate sampai sekarang hahaha... asyik lupa je.

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon