Minyak Yu Yee Cap Limau Kegunaan Seisi Rumah

Minyak Yu Yee Cap Limau Kegunaan Seisi Rumah 



Dulu-dulu aku selalu fikir Minyak Yu Yee Cap Limau ni untuk bayi je.. Digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dan juga selesema. Asal orang tanya minyak baby mesti otak aku dah di set itu minyak yu yee... Rupanya minyak bayi ni sangat sesuai di gunakan semua, tak kira usia dan jantina.. Sebab apa aku kata sesuai untuk semua, dalam keluarga aku tak ada baby lagi. Jadi yang guna semua orang dewasa.


Aku memang bekalkan sebotol minyak yu yee ni di dalam beg.. Memang sangat berguna masa di tempat kerja. Kalau mengantuk aku cium bau minyak yu yee lepas tu aku rasa segar. Kalau pening kepala, aku sapukan minyak yu yee ke dahi. Pasti aku lega lepas tu. Budak-budak tempat kerja pun kalau tak sihat,akan guna minyak yang aku bawa. Dia rang tahu aku akan bawa minyak yu yee dalam beg. Kehadiran Minyak Yu Yee memang sangat berguna dan membantu aku setiap masa.

Dan aku suka packaging minyak yu ye ni.. Senang nak simpan dalam beg dan tak risau sekiranya berlaku kebocoran atau botol pecah. 


Pernah ada khabar angin yang mengatakan yang minyak yu yee ni tak halal.. Waktu tu memang heboh sangat.. Betul ke tak halal? Memang terkejut sangat sebab Minyak Yu Yee memang sangat di gemari di kalangan mak-mak. Mujur JAKIM telah sahkan bahawa Minyak Yu Yee Cap Limau adalah HALAL. 

Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau
  • Peppermint Oil (36.0% w/v)
  • Clove Oil (2.6% w/v)
  • Nutmeg Oil (0.6% w/v)
  • Menthol (1.6% w/v)
  • Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
  • Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
  • Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)

Korang boleh refer di laman web rasmi JAKIM di http://www.halal.gov.my/ dan semak sendiri sekiranya masih ragu-ragu dan was akan kandungan minyak yu yee ni.


Kegunaan : Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom2-simptom kembung perut juga selesema.

Cara Pakai : Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan.

Kesan Sampingan: Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhiper sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas

Amaran : Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor.

Cara Penyimpanan : Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.

Minyak Yu Yee Cap Limau yang dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. Boleg di dapati di pasaraya atau farmasi dengan harga mampu milik iaitu serendah RM9.
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
aziekz
AUTHOR
Khamis, Ogos 31, 2017 12:32:00 PTG delete

Sis..beiki typo..minyak ba*i kpd bayi...heee..bhaya tu😀

Reply
avatar
Lina Shaza
AUTHOR
Isnin, September 04, 2017 4:14:00 PTG delete

betul tu...setiap rumah wajib ada minyak yu yee...

Reply
avatar
Rabu, September 06, 2017 10:21:00 PTG delete

sha suka wangian minyak ni, rasa nyaman ja

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon