Pengalaman Bercuti Ke Singapura Ala Backpacker | Dengan Traveloka, Semuanya Menjadi Mudah

Pengalaman Bercuti Ke Singapura Ala Backpacker | Dengan Traveloka, Semuanya Menjadi Mudah


Singapura, sebuah negara yang kecil tapi merupakan salah sebuah negara yang aku ingin lawat sangat tapi belum ada kesampaian. InsyaAllah satu hari nanti aku akan pergi sana.. Doakan aku murah rezeki ye.. hehehe.. Sebab belum ada rezeki nak ke Singapura, aku nak kongsi dengan korang pengalaman kawan-kawan aku yang kaki travel... Aku memang suka tengok gambar-gambar travel dia orang.. Bila tengok gambar yang di post aku pula berangan ada kat tempat tu. Kawan-kawan aku ada ajak aku pergi travel bersama-sama tapi sebab yang tak dapat di elakkan aku menolak. Memang sedih sebab kalau aku ikut, itu merupakan pengalaman pertama aku ke Singapura bercuti ala backpacker.. Jom aku share, pengalaman kawan aku ke Singapura baru-baru ni... 

Pengalaman Bercuti Ke Singapura Ala Backpacker | Dengan Traveloka, Semuanya Menjadi Mudah

Pengalaman Bercuti Ke Singapura Ala Backpacker | Dengan Traveloka, Semuanya Menjadi Mudah


Assalamualaikum Reen, apa khabar? I nak share pengalaman I ke Singapura baru-baru ni. Rasa tak lengkap je you tak dapat join trip ni. Tak puas rasanya, lepas ni I rancang nak pergi lagi ke Singapura dan I nak you janji you mesti ada sama masa trip tu nanti.. Ok, I nak share pengalaman dari hari pertama sehingga hari terakhir kembara kali ni. Semoga you juga merasai apa yang I tulis ni..

Hari yang dinantikan sudah tiba iaitu untuk pergi bercuti ke Singapura ala backpacker dengan kawan-kawan I. kami dah berpakat untuk backpacking ke Singapura kerana nak merasa bagaimana untuk menjadi backpacker 100%. Sebelum ni, I selalu travel bawa luggage sekali tapi kali ini just bergantung pada satu bag saje. Kenapa Singapura? Ini kerana sudah menjadi hasrat I dan kawan-kawan I untuk terokai Singapura sambil backpacking. Kenapa dengan Traveloka, semuanya menjadi mudah? Ini kerana apabila I buka website Traveloka, I taip je Singapura, keluar semua hotel-hotel yang terdapat di Singapura dan bukan itu saja, Traveloka juga telah menyediakan guidance untuk kita pergi ke sana. Macam mana nak menggunakan transport ke sana, apa yang perlu buat dan tak harus buat. Traveloka memang banyak membantu I dalam mencari awesome savings on Singapore hotel yang I dan kawan-kawan I idamkan dan apa yang perlu kami buat. Dalam plan kami, kami hendak pusing-pusing satu Singapura jika sempat tapi yang paling penting adalah untuk melawat Universal Studio Singapore (USS). USS adalah sebuah taman tema yang terletak di dalam Resorts World Sentosa di Pulau Sentosa, Singapura. Apa yang ade di USS tu, haa read on my post ;) 

Kami memang dah plan nak stay di suatu tempat yang seperti dorm or asrama sebab kami nak merasai macam mana suasana dan persekitaran stay di tempat yang macam tu. Apabila I tengah mencari tempat yang sesuai, tiba-tiba I jumpa tempat penginapan yang amat sesuai dan harga nya pula sangat-sangat berpatutan dan murah, I dan kawan-kawan I mampu untuk menyewanya. Rucksack Inn @ Lavender Street telah menjadi pilihan kami kerana inn ini terletak di tengah-tengah bandar Singapore iaitu di Lavender. Inn ini dekat dengan Serangoon Plaza dan City Square Mall. Kami hanya perlu berjalan kaki saje dari Inn kami untuk ke dua-dua tempat ini. Boon Keng MRT station juga dekat dengan tempat kami stay tu. Jadi memang senang buat kami untuk pergi ke area lain. Jadi dengan persetujuan kawan-kawan I, I pun book ruscksack inn singapore hotel on Traveloka. Kami book dorm yang ada single bed in 14-bed dengan harga RM65 je untuk seorang. Dalam dorm tu, ada katil dua tingkat or bunk bed, juga termasuk breakfast dan free wifi. Bilik itu mempunyai aircond tapi yang kureng sikit tu, kami terpaksa share bilik air. Tapi bagi kami itu lumrah la jika berbackpacking ni, jadi hadap je la kan. Rucksack Inn juga mempunyai laundry service, tours da nada tempat simpan luggage jika kita datang awal sebelum masa untuk check in. Shuttle service juga disediakan ke airport tapi kena caj tambahan la. Nak tahu macam mana I boleh tahu apa yang terdapat di Inn ni, I tengok dekat Traveloka la, di Traveloka, I boleh tengok macam-macam apa yang untuk sesebuah hotel or hostel tu. I juga boleh rujuk reviews dari para pengunjung lain yang pernah menginap di hotel itu. I juga boleh memberi review untuk hotel yang I menginap, ini kerana pihak hotel boleh melihat reviews tersebut dan cuba perbaiki apa yang dorang kekurangan dan meningkatkan kelebihan supaya hotel dorang menjadi hotel yang lebih baik.

Untuk bergerak dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu, I dan kawan-kawan I, just naik bas dari TBS terus ke Larkin. Sampai je di Larkin, kami terus pergi beratur di kawasan bas yang pergi ke Singapura. Dari Larkin, kami gerak ke Singapura harus melalui imigresen Malaysia dan Singapura. Kami perlu turun dari bas untuk mendapatkan cop dari imigresen. Selepas dari imigresen Singapura, kami menaiki bas semula dan menuju ke MRT Woodlands. Di situ kita harus beli MRT kad (macam kad touchngo untuk LRT KTM Malaysia ni). Dari MRT Woodlands, kami terus menuju ke Rucksack Inn yang terletak di Lavender, kami turun di Boon Keng MRT Station dan hanya perlu berjalan kaki sedikit untuk pergi ke Inn tu. Sebaik saja tiba di Inn, kami terus check in dan letak barang kami di dorm kami. Apabila kami masuk saja dalam dorm kami, I Nampak ramai tourist dari luar negara yang pilih untuk menginap di tempat ni. Terasa macam di luar negara pulak tapi memang kat luar negara pun kan, haha! Masuk je dorm, kami terus ke katil kami untuk berehat sekejap sebab penat berdiri di dalam bas dan MRT tadi. Pada sebelah petang, kami keluar untuk berjalan dan mencari makanan for dinner. Kami ke Serangoon Mall yang hanya terletak berdekatan saja dengan tempat kami stay tu. Dekat situ juga, terdapat Mustapa building, kalau korang nak tahu, Mustapa building ini amat terkenal di Singapura kerana menjual barang-kawan yang murah, malah lebih murah dari barang di Malaysia. 

Kami naik MRT menuju ke Kampung Glam, Bugis dimana main attraction ialah Masjid Sultan. Kami menunaikan solat di situ lepas itu pergi ke Restoran Zam Zam. Di restoran ini, terdapat nasi beriani dan juga murtabak yang femes di Singapura, tourist pasti akan singgah makan di situ kalau dorang datang ke Masjid Sultan ni. Memang sangat lazat dan mengenyangkan. Selepas makan, kami pun berjalan-jalan di sekitar Masjid Sultan seperti kawasan Arab Street dan Haji Lane yang terkenal dengan cafe-cafe dan kedai-kedai hipster. 

Pengalaman Bercuti Ke Singapura Ala Backpacker | Dengan Traveloka, Semuanya Menjadi Mudah

Lepas tu, kami pegi night walk di Marina Bay Sands, The Helix Bridge, Esplanade dan Merlion Park. I tell you, Singapura pada waktu malam memang cantik dengan lampu-lampu yang menerangi kawasan bandar. Sungguh mempersonakan! Nak pergi ke tempat-tempat tu, kami hanya berjalan kaki saja tapi dari Masjid Sultan tu, kami harus menaiki MRT terus ke MRT Station Marina Bay. Dari situ baru kami berjalan kaki terus ke Marina Bay Sands (shopping complex dan hotel yang rooftop dia ada infinity pool tu). Kalau nak naik rooftop tu, tak silap SGD20 (RM60). Kat depan Marina Bay Sands tu pun ada tempat lepak-lepak, jual makanan. Tak pasti ada makanan halal ke tak sebab I macam tak nampak pun makanan halal. Boleh lepak tengok sunset, tapi terlindung dengan bangunan-bangunan. But the view was still nice! Then dari Marina Bay Sands, melalui The Helix Bridge (jambatan yang macam DNA tu) untuk ke Esplanade. Dinner kat situ. Ada jual makanan halal. Sate dia pun boleh tahan sedap. Kemudian dari Esplanade jalan kaki ke Merlion Park tempat yang ada singa batu yang keluar air dari mulut tu. Kemudian dari Merlion Park, naik MRT di stesyen Raffles Place, balik semula ke Lavender untuk rehat dan tidur.

Keesokan nya, kami keluar awal sebab nak ke USS, dari tempat kami ni, kami menaiki MRT dari Boon Keng Station terus ke Sentosa Station dan naik MRT Sentosa terus ke waterfront dan dari situ kami berjalan kaki ke USS. Beli tiket untuk masuk ke dalam, harga tiket US dalam USG 88 untuk seorang dan semua permainan boleh main. Di dalam USS, terdapat 7 zones yang korang boleh naik iaitu Hollywood, Lost World dari filem Jureassic Park, Far Far Away dari filem Shrek, Madagascar( untuk kanak-kanak saje), New York (Sesame Street), Sci-fi city (Transformers) dan Ancient Egypt dari filem The Mummy. Rides yang best adalah di Sci-fi city, Ancient Egypt dan juga Lost World. Memang terbaik. USS juga menyediakan ruang solat untuk orang Islam, tapi tak besar la, hanya muat dalam 4 5 orang je. Di USS juga mempunyai restoran yang menjual makanan yang halal tapi I nak nasihat kan korang, baik korang bawa makanan sendiri sebab makanan di USS mahal. Jangan risau, guard USS takkan check beg kita. Don’t worry about that. Selepas seharian bermain, kami terus balik ke Inn kami untuk berehat selepas penat bermain. Sebelum tu, kami berkesempatan mengambil gambar di depan pintu masuk USS sebab masa tu takde orang sangat.

Hari ni hari last I dengan kawan-kawan I di Singapura, kami terus kemas barang-barang kami dan check out dari Rucksack Inn. Patah balik ke Little India untuk shopping sikit di Mustapa Building. I dan kawan I share duit untuk beli perfume dengan harga USG40 untuk dua botol. Sememangnya berbaloi. Tshirt Singapura tak boleh dilupakan. Harus dibeli kerana I akan beli baju-baju tshrt dari tempat yang I pergi bercuti. Lepas dah habis shopping, I dan kawan-kawan I menaiki MRT di Little India Station, terus ke MRT woodlands untuk menaik bas untuk pergi ke JB. Dah habis cerita I pergi bercuti ke Singapura dengan pakai Traveloka yang memudahkan semua keje. Bye, see u in my next post!

Pengalaman Bercuti Ke Singapura Ala Backpacker | Dengan Traveloka, Semuanya Menjadi Mudah

Walaupun tak dapat join trip ni, aku sangat excited baca pengalaman kawan-kawan aku ni. Tak ada penyesalan atau rasa cemburu bila baca pengalaman kawan-kawan aku ni sebab aku tahu perancangan Allah untuk aku lebih baik dan lebih indah.  Dan keinganan aku untuk ke Singapura semakin kuat. Semoga impian aku untuk ke Singapura suatu hari nanti tercapai di masa hadapan... Amin...
Latest
Previous
Next Post »

5 Komen

Write Komen
kisah_earty
AUTHOR
Ahad, September 17, 2017 9:06:00 PTG delete

In shaa Allah,next trip ke sgapore reen dpt join...suruh member plan awal-awal...

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
Isnin, September 18, 2017 12:30:00 PG delete

Fuhh panjangnya cerita pengalaman hehehe .. kita yang dengar ni pon rasa terpanggil nak pegi sana kan reen

Reply
avatar
aswaleyla
AUTHOR
Isnin, September 18, 2017 9:13:00 PG delete

wah best nya best nyaa. lela pegi ipoh dgn traveloka. hehehe. jemput la datng blog lela k.reen.

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
Isnin, September 18, 2017 11:51:00 PTG delete

Tq for tips. Senang Dan murah ye tq for tips

Reply
avatar
Efa Othman
AUTHOR
Selasa, September 19, 2017 11:11:00 PG delete

Bestnya Travel ala backpack ni....

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon