OST Sayang Papa Saya Tak

1 comment

OST Sayang Papa Saya Tak



Aku kini terjebak dengan drama Sayang Papa Saya Tak. Drama ni memang mampu menceriakan aku.. Ost drama ni pun best, sedap telinga ni nak layan... jom kita layan OST dia.. 

LIRIK LAGU GIRL - DAFI (OST SAYANG PAPA SAYA TAK)

Jika cinta kau guna mata
Mungkin nanti kau kan pilih dirinya
Jika cinta kau guna hati
Mungkin kita kan kekal lama lagi
Lebih jauh-jauh lagi
Lebih besar-besar dari
Semua yang pernah kau miliki

Girl, kata ku jangan kau keliru
Entah siapa yang kau mahu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Dan kau berdiam tak tahu

Girl, mana satu yang engkau mahu
Siapa ada di hatimu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Jangan kau berdiam

Kata mengata di kata-kata
Ngada mengada dia ada ada

Jika engkau aku miliki
Pasti aku cinta kau lebih lagi
Lebih jauh-jauh lagi
Lebih besar-besar dari
Semua yang pernah kau miliki

Girl, kata ku jangan kau keliru
Entah siapa yang kau mahu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Dan kau berdiam tak tahu

Girl, mana satu yang engkau mahu
Siapa ada di hatimu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Jangan kau berdiam

Biar keputusannya
Apa kesudahannya
Biar semua dari hati

Tiada lebih makna
Dari ucapan cinta
Ikhlas biar dari hati

Girl, kata ku jangan kau keliru
Entah siapa yang kau mahu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Dan kau berdiam tak tahu

Girl, mana satu yang engkau mahu
Siapa ada di hatimu
Pilih mana satu
Dia atau aku
Jangan kau berdiam

Kata mengata di kata-kata
Ngada mengada dia ada ada

Tajuk Lagu : Girl
Penyanyi : Dafi
Lirik & Komposer : Omar K / Azhael / Ezra Kong
Terbitan : Lol Entertainment Sdn Bhd
Edaran : Indigital Sdn Bhd

Lagu tema drama Sayang Papa Saya Tak? dinyanyikan oleh Dafi dengan single terbarunya berjudul 'Girl'. Lagu tersebut adalah ciptaan Hael Hussaini, Ezra Kong dan Omar K. Info lanjut drama klik disini.

 
Read More

Penawar Resdung Paling Berkesan

2 comments

Penawar Resdung Paling Berkesan



Siapa yang biasanya mengalami hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal, ini merupakan tanda-tanda awal resdung. Kalau korang mempunyai tanda-tanda awal ni, cepat-cepatlah cari penawar resdung yang paling mujarab supaya masalah ini dapat di atasi...

Selain itu, tanda-tanda lain resdung ialah :

  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit atau berat terutamanya di kawasan antara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa dan tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Jerawat di bahagian muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan magrain

Sekiranya korang mempunyai tanda-tanda resdung ni, aku sarankan korang carilah penawar resdung paling berkesan sebelum terlambat kerana kebanyakkan masyarakat kita sering memandang remeh sehingga tidak menyedari mereka mengalami resdung. Kemuncaknya, kesedaran itu disedari ketika tanda-tanda komplikasi resdung di kesan.. huhuhu... 

Antara tanda-tanda komplikasi resdung ialah : 
  • Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur dengan kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil (terutamanya kanak-kanak)
  • Hidung sensitif
  • Selsema makin melarat

Jangan biarkan resdung mengganggu aktiviti harian korang, jangan biarkan resdung terus bermaharajalela dan mengganggu keselasaan korang. Aku sarankan korang carilah ubat resdung paling berkesan. 

Ubat Resdung Paling Mujarab merupakan sejenis ubat daripada serbuk akar kayu herba tradisional untuk melegakan dan mengurangkan simptom resdung dan juga alahan kepada makanan laut.

Antara testimoni Ubat Resdung Paling Mujarab :

Penawar Resdung Paling Berkesan

Penawar Resdung Paling Berkesan

Penawar Resdung Paling Berkesan

Cara Pengambilan :

Penawar Resdung Paling Berkesan

Untuk mendapat kesan yang lebih cepat, buka sarung kapsul dan masukkan serbuk akar kayu ke dalam segelas air kosong. Kacau sehingga serbuk akar kayu dan air larut bersama. Sebelum minum, amalkan membaca Bismillah dan selawat. Insya Allah, dengan izin Allah ubat resdung ini mengubati resdung dari dalam dan melegakan daripada alahan makanan, cuaca, bersin, selsema dan sebaginya yang berkaitan resdung.

Aturan Makanan :
  • 1 Biji Malam dan 1 Biji Pagi
  • Ibu mengandung tidak di galakkan makan
  • Jangan di langkah
  • Sekiranya resdung semakin reda, kurangkan pengambilan dengan memakan 1 hari sebiji sahaja atau selang 1 hari s1 biji.

Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan Ubat Resdung Paling Berkesan ini boleh hubungi :

Puan Aisyah (013-987 1616)



“PENAWAR BUASIR PALING MUJARAB BAGI KAUM LELAKI DAN WANITA”
Read More

Berita Gembira, Pembubaran Running Man Di Batalkan

Leave a Comment

Berita Gembira, Pembubaran Running Man Di Batalkan


Berita Gembira, Pembubaran Running Man Di Batalkan

Semua sedia maklum yang Running Man telah mengumumkan pembubaran Rancangan Show Running Man pada Februari ni. Namun baru-baru ni, di umumkan di instagram Running Man yang pembubaran itu telah di batalkan..

Sebelum ni, kita telah di hebohkan dengan penarikkan diri oleh Kang Gary, kemudiam di ikuti dengan tersingkirnya Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook... sehingga membuatkan semua peminat marah dan anggota lain Running Man menarik diri dari rancangan tv show Running Man. Lepas tu, kita dengar yang semua anggota Running Man akan berkumpul untuk kali terakhir untuk menjayakan Running Man sehingga episod terakhir yang bakal di tayangkan bulan Februari nanti... 

Berita Gembira, Pembubaran Running Man Di Batalkan

Kembalinya rancangan Running Man ini, merupakan berita gembira buat peminat Running Man.. lepas ni, boleh terus bergelak ketawa menonton aksi-aksi Running Man.. 

Running Man akan terus bersiaran dengan 6 ahli iaitu Lee Kwang Soo, Jee Seok Jin, Haha, Yoo Jae Seok, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.
Read More

Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma

Leave a Comment

Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma


Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma

Baru-baru ni, TM ada mesej dan menawarkan naik taraf unifi percuma.. Wow syoknya, lepasnya internet lebih laju dari biasa...

Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma

Untuk pengetahuan korang, sekarang TM tengah mengadakan kempen Thank You Surprise untuk pelanggan TM Streamyx dan TM unifi... Hari ni, aku dah isi borang secara online untuk upgrade unifi dari 5mbps ke 10mbps.. rugi pula kalau tak isi sebab kampen ini percuma. Hanya perlu isi borang tanpa sebarang bayaran dan tanpa kontrak baru.

Apa itu 'THANK YOU SURPRISE' kempen?

  • Thank You Surprise merupakan satu kempen penghargaan untuk semua pelanggan TM yang melanggang TM pada atau sebelum 28 Februari 2017.
  • Dan kempen ini juga telah di sebut dalam belanjawan 2017 untuk menaik taraf jalur lebar Malaysia.
  • Kempen ini telah bermula pada 16 Januari 2017, dan korang boleh semak di https://www.tm.com.my/ThankYouSurprise/


Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma
Isi detail dan klik Check My Surprise

Siapa yang layak menikmati kempen 'Thank You Surprise'?
  • Semua TM Homeline, pelanggan-pelanggan Streamyx and UniFi dari segmen kediaman yang melanggan kepada perkhidmatan TM pada 28 Februari 2017 layak untuk satu 'Thank You Surprise.



Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma

Apa sepatutnya pelanggan buat jika mereka tidak mendapat sebarang e-mel / SMS dari TM? Adakah TM menghantar semula e-mel atau SMS?
  • Pelanggan yang tidak menerima mana-mana emel atau setiap komunikasi dari TM pada Februari 2017 di minta untuk memeriksa Spam mereka / folder-folder Junk Mail untuk memastikan bahawa e-mel tidak secara automatik dihantar ke folder-folder ini.
  • TM tidak akan menghantar lebih dari satu email atau sms.


Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma

Alhamdullillah.. Yeah berjaya upgrade... Step seterusnya, kita tunggu panggilan atau sms yang akan memaklumkan kepada kita bila upgrade berjaya, ikut arahan mereka iaitu off kan moden selama 10 dan restart semula.. Dan akhir sekali, jom kita nikmati kelajuan internet yang baru...

Nikmati Tawaran Naik Taraf Unifi Percuma

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi kami melalui saluran-saluran berikut: 
i. @TMConnects atas Twitter (https://twitter.com/tmconnects/ )
ii. EveryoneConnects atas Facebook (https://www.facebook.com/everyoneconnects/ )
iii. Sembang Secara Langsung TM
iv. TMPoint Terdekat
v. Mengirim e-mel kami di help@tm.com.my 
vi. Panggil 100
Read More

Wanita Terakhir - Fattah Amin

1 comment

Wanita Terakhir - Fattah Amin



Menjelang hari-hari bahagia kita
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Di sisiku kau ukir senyuman manis mu

Kau masih belum milikku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku

 
Read More

Redakan Kesakitan Urat Kaki Timbul

Leave a Comment

Redakan Kesakitan Urat Kaki Timbul


Redakan Kesakitan Urat Kaki Timbul

Urat timbul tidak hanya berlaku kepada wanita hamil sebaliknya ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja seperti banyak berjalan, badan yang berat dan lain-lain faktor lagi. Masalah ini bukan sahaja menyebabkan kesakitan malah mencacatkan penampilan kaki.

Usah mengambil mudah soal ini, atasi segera masalah urat kaki timbul. Kenali punca dan amalkan tip berikut untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan urat kaki yang membuatkan ‘saham’ anda jatuh!

Tinggikan Kedudukan Kaki
  • Ketika tidur malam, tinggikan kedudukan kaki. Lapik kaki dengan bantal, ia bukan sahaja memberi keselesaan malah membantu melancarkan perjalanan darah.

Rendam Dalam Air Suam
  • Amalkan selalu petua ini, rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air suam. Bagi mendapatkan manfaat terbaik, campurkan air suam dengan garam bukit. Rendam kaki selama 15 hingga 20 minit. Air rendaman ini dapat membantu merehatkan kaki yang letih, membuang toksin, meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.

Gunakan Stoking Khas
  • Ketika tidur malam atau berada di dalam bilik penghawa dingin, gunakan stoking khas untuk melindungi kaki anda dan mengelakkan kesejukan. Stoking juga dapat mengelakkan angin memasuki tubuh. Namun jangan sesekali memakai stoking ketat.

Makan Vitamin C
  • Ambil Vitamin C sebagai suplemen harian anda. Vitamin C dikatakan amat mujarab mengatasi masalah urat timbul. Selain itu, anda digalakkan makan buah-buahan sitrus seperti limau, kasturi dan lemon.

Lakukan Senaman Ringan
  • Baik ketika duduk mahupun berdiri, anda seharusnya melakukan senaman ringan seperti regangan. Ia dapat mengelakkan darah beku, lenguh dan kekejangan otot. Senaman juga menyihatkan tubuh anda.

Elakkan Memakai Kasut Tumit Tinggi
  • Adakah anda tahu, memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa lama akan menyebabkan urat di kaki tegang dan timbul. Tumit kasut yang halus memberi bebanan kepada kaki untuk menampung berat badan. Akibatnya, kaki menjadi tegang dan urat mudah timbul.

Sapu Minyak Panas
  • Sebelum tidur malam, sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.

Petua Tradisional
  • Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian, gosok perlahan-lahan pada urat yang timbul. Amalkan sehingga urat yang timbul akan beransur pulih. Tempek bahagian bermasalah dengan air asam jawa.

Lakukan Urutan
  • Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Sebaik-baiknya, lakukan urutan refleksologi dengan tukang urut profesional. Amalkan urutan ini sebulan sekali, anda pasti gembira dengan hasilnya.

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah Fast Relief Spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout. RM80 (SM) termasuk postage untuk 1 botol. RM150 (SM) untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI..
Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0105255601 (Reena).
Read More

Pelbagai Menu Telur Putih

Leave a Comment

Pelbagai Menu Telur Putih


Pelbagai Menu Telur Putih

Jika anda mempunyai baki putih telur, usahlah dibuang. Selain boleh membuat pavlova, ada banyak lagi menu lebih-lebih lagi dari kategori manisan yang boleh terhasil. Bukankah membuat sendiri lebih berbaloi berbanding membeli? Suami dan anak-anak boleh juga merasa air tangan si isteri yang gigih memukul putih telur sehingga menjadi meringue ini.

Pelbagai Menu Telur Putih


PAVLOVA VOLCANO

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu cuka putih
  • 1/2 sudu biasa tepung jagung


TOPPING
  • 1 cawan (240ml) krim putar
  • 1 1/2 sudu gula
  • 1/2 ekstrak vanila
  • Buah-buahan segar atau buah-buahan dalam tin


CARA MEMBUAT:

  • Pukul putih telur sampai kembang sehingga terhasil adunan yang bertanduk. 
  • Masukkan gula dan pukul sehingga berkilat. 
  • Dengan menggunakan spatula getah, kacau adunan bersama tepung jagung dan cuka. 
  • Adunan tadi kemudian diletakkan di atas kertas minyak. 
  • Bakar selama 180 darjah celsius selama 45 minit. Sebagai topping, pukul krim putar sehingga kembang dan ringan bersama gula dan vanila. 
  • Kemudian hias di atas pavlova bersama buah-buahan kegemaran anda.


Pelbagai Menu Telur Putih


FRENCH MACARON

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 180g serbuk badam
  • 270g gula aising
  • Secubit Cream Tartar


CARA MEMBUAT:

  • Ayak serbuk badam bersama gula aising. 
  • Di mangkuk yang lain, pukul putih telur bersama cream of tartar dan gula sehingga kelihatan gebu dan bertanduk. 
  • Masukkan pewarna dan jangan putar terlalu lama. 
  • Dengan menggunakan spatula getah, kaup balik putih telur bersama serbuk badam yang diayak tadi. 
  • Apabila selesai, masukkan adunan ke dalam beg piping dan paip bentuk bulat di atas kertas pembakar di atas dulang. 
  • Rehatkan selama 45 minit. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 160 darjah celsius. Setelah disejukkan, terpulang pada anda untuk memasukkan inti perisa kegemaran


Pelbagai Menu Telur Putih


MERINGUE ALMOND COOKIES

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 100gm mentega cair
  • 1/2 sudu teh ektrak vanila
  • 1 cawan hirisan badam


CARA MEMBUAT:

  • Pukul putih telur bersama gula dan vanila sehingga gebu. 
  • Masukkan tepung gandum dan emplex menggunakan spatula getah dengan cara kaup balik saja. 
  • Tuang di atas loyang dan diratakan dengan nipis. 
  • Tabur hirisan badam di atasnya. 
  • Kemudian masak selama 15 minit dengan kepanasan 170 darjah celsius. 
  • Selesai masak, terus potong masa panas-panas menggunakan roller (pemotong pizza). 
  • Apabila sejuk, ia akan mengeras seperti biskut.


TIP PUKUL TELUR PUTIHAdunan putih telur yang dipukul sehingga bertanduk bermaksud softpeak. Apabila mangkuk diterbalikkan, adunan putih telur yang dipanggil meringue ini tidak akan terjatuh. Tip untuk mendapatkan adunan softpeak ini adalah memastikan mangkuk terdiri daripada kaca dan bersih dari sebarang cecair lain.


Sumber Resepi : Keluarga.my
Read More

Mitos Atau Fakta, 6 Makanan Mendatangkan Punca Masalah

1 comment

Mitos Atau Fakta, 6 Makanan Mendatangkan Punca Masalah 


Mitos Atau Fakta, 6 Makanan Mendatangkan Punca Masalah

Mitos atau fakta, semuanya terpulang pada anda sendiri kerana setiap kandungan yang terdapat di dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos ini timbul mungkin kerana sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati.

1. Bawang punca badan berbau?
  • Jangan takut memakan bawang kerana bawang bukan punca anda berbau badan. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak. Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!

2. Biji jambu punca sakit usus?
  • Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar. Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.

3. Timun punca keputihan?
  • Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan. Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.

4. Lemon campur kicap punca sakit perut?
  • Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk, jangan ragu-ragu melakukannya. Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak memudaratkan perut anda.

5. Buah salak punca sembelit?
  • Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salah mempunyai kandungna serat yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.

6. Bayam punca urat timbul?
  • Memilih bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.

7. Buah nenas punca gugur?
  • Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.

Jika anda masih ragu akan mitos ini, percayalah bahawa setiap sakit yang datang adalah kerana kelemahan sistem imun dalam tubuh badan anda. Apabila anda jatuh sakit setelah mengambil makanan ini, mungkin ia satu kebetulan. Apa pun, tepuk dada tanya selera!
Read More

Kelebihan Mandi Awal Pagi

Leave a Comment

Kelebihan Mandi Awal Pagi


Kelebihan Mandi Awal Pagi

Air terlampau sejuk sering dijadikan alasan untuk mengelak mandi awal pagi. Lupakan 'kesengsaraan' mandi air sejuk dan elak pemanas air kerana terdapat banyak kebaikan apabila anda mengamalkan mandi pagi.

1. Membantu bakar lemak
  • Ketahuilah bahawa terdapat dua jenis lemak di dalam tubuh anda iaitu lemak putih dan lemak kuning. Lemak putih merupakan lemak yang paling sukar untuk disingkirkan. Lemak yang tidak dibakar akan menjadi lemak tepu di dalam badan terutama di bahagian pinggang, belakang badan, leher dan peha. Manakala, lemak kuning adalah lemak baik yang membantu menghangatkan tubuh badan ketika di dalam cuaca sejuk. Bayangkan apabila anda mandi awal pagi, air sejuk mampu membantu membakar kalori dan mengurangkan berat badan anda!

2. Memulih tubuh selepas senaman
  • Para atlet sering mengamalkan mandi ais setelah tamat latihan untuk mengurangkan kebengkakan dan keletihan. Namun, anda tidak perlu sehingga ke tahap seperti atlit tetapi memadai mandi air sejuk sebaik saja anda tamat latihan atau bersenam. Mandi air sejuk selepas bersenam mampu menenangkan rasa penat dengan lebih cepat.

3. Meningkatkan mood dan tenaga
  • Sesiapa saja pasti merasa 'malas' untuk bangun dari tidur lebih-lebih awal pagi. Rahsia lebih bertenaga selepas bangun tidur adalah dengan mandi air sejuk kerana ia membuatkan pernafasan lebih mendalam, kadar denyutan jantung meningkat, perjalanan darah lebih lancar dan lebih segar pada awal pagi.

4. Menguatkan imuniti dan peredaran
  • Masih ingat lagi kebaikan mandi air sejuk yang mampu meningkatkan kadar metabolik yang mampu mengurangkan lemak? Peningkatan kadar metabolik ini telah mendorong sistem imun dimana ia mengeluarkan sel darah putih yang boleh melawan virus punca anda sakit. Mandi air sejuk juga membantu meningkatkan peredaran darah di seluruh tubuh, mengelak tekanan darah tinggi dan pengerasan arteri.

5. Membantu mencantikkan kulit dan rambut
  • Jika anda mahu mengurangkan pengeluaran jerawat, mandi air sejuk boleh membantu! Hal ini kerana mandi air panas menyebabkan kulit menjadi kering manakala air sejuk membantu mengecilkan liang pori dan elak minyak dari tersumbat. Air sejuk juga membantu menghasilkan rambut sihat kerana air sejuk akan menutup kutikel dan mengurangkan kotoran yang terkumpul pada kulit kepala.

Selain mendatangkan manfaat, mandi air sejuk juga lebih jimat kerana anda sudah tidak memerlukan alat pemanas air. Maklumlah, alat pemanas air cepat menggunakan tenaga dan menjadi punca bil elektrik naik. Apa lagi... Jom mandi awal pagi!

Rasulullah SAW sendiri mengamalkan mandi sekitar empat pagi iaitu sebelum subuh kerana membantu membuatkan wajah bercahaya, doa lebih makbul, wajah awet muda, tubuh badan sihat, terhindar dari angkara sihir dan elak dari penyakit asma.
Read More

7 Bahan Untuk Kilatkan Semula Periuk

1 comment

7 Bahan Untuk Kilatkan Semula Periuk

7 Bahan Untuk Kilatkan Semula Periuk

Jamuan bersilih ganti. Masak setiap hari. Kuali pun dah naik legam. Jika anda ingin putihkan pandangan anda terhadap kuali yang melekat di dinding, kami ada rahsianya. Tak perlu produk mahal pun!


Serbuk Soda

  • Bukan mudah untuk menanggalkan kesan hangus pada dalam atau luar periuk. Jika disental kuat, akan terhakis pula. Memasukkan sedikit serbuk soda bersama air dan dibiar semalaman membantu menanggalkan kesan hangus pada periuk. Anda tidak perlu menyental periuk anda lagi.


Air Cola

  • Ini mungkin berita baik buat anda yang gemar membuat karamel atau gula hangus. Masalah gula hangus yang melekat pada periuk dapat diatasi dengan menuang sedikit air cola. Hal ini kerana air cola bersifat asidik yang tinggi dan bayangkan bagaimana ia boleh merosakkan gigi anda pula.


Krim Tartar

  • Biasanya, anda menggunakan krim tartar untuk menghasilkan kek yang gebu dan kembang. Sebenarnya, kandungan potasium hidroxide dan asid tartar mampu membantu membersihkan kuali dengan lebih mudah. Anda hanya perlu rendam bersama air semalaman di dalam periuk yang mahu dibersihkan.


Garam & Limau

  • Biarkan gabungan dua bahan ini bersatu untuk beberapa minit di dalam bekas yang ingin anda bersihkan. Bukan saja mampu menanggalkan kesan hangus tetapi mampu membuang minyak yang sukar dibersihkan.


Garam

  • Didihkan air bersama garam untuk menanggalkan kesan masakan yang hangus melekat pada kuali. Kemudian gosok menggunakan senduk kayu. Jika kurang berjaya, biarkan untuk beberapa jam. Kekotoran degil akan tertanggal dengan sendiri.


Sos Tomato

  • Memandangkan sos tomato bersifat asidik semulajadi, ia boleh membantu menanggalkan kesan hangus apabila anda memasak. Tidak kisah sama ada tomato di dalam tin ataupun tomato segar yang dihancur, biarkan semalaman dan ia serba sedikit membantu.


Cuka

  • Cuka mengandungi asid asetik yang mampu membantu menghapuskan makanan hangus yang melekat pada kuali. Tuang cuka bersama air dan didihkan untuk beberapa minit. Ia bukan saja menanggalkan kesan degil tetapi jika anda didih tanpa menutup periuk, cuka akan bertindak sebagai penyahbau di dalam rumah anda! Menarik bukan?

Mengapa perlu bersusah-payah membeli produk yang mahal-mahal sehingga boleh memberi kesan kasar pada tapak tangan? Kami percaya bahan di atas mudah didapati dari rumah anda. Yang penting, ia lebih mesra alam dan tak perlu modal banyak.

Read More

Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Leave a Comment

Hilangkan Jerawat Belakang Badan


Pernah tak tengok wanita yang ada jerawat di belakang badan? Macam mana nak buat? Ok, bagi yang menghadapi masalah jerawat di belakang badan, anda tidak perlu terus-terusan berasa runsing. Masih ada cara yang mudah dan murah untuk anda menghilangkan jerawat di belakang badan anda. Caranya adalah dengan membuat masker badan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat terutama membasmi jerawat yang timbul disebabkan oleh perubahan hormon.

Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Cara Hilangkan Jerawat Cara Semulajadi :

Salah satu cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan menggunakan putih telur daripada ayam kampung dan mentimun segar. Ramuan-ramuan ini mudah didapati di dalam rumah. Ikuti cara-cara di bawah:

1. Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan.

2. Kisar timun di dalam mesin pengisar sehingga halus.

3. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.

4. Sapu rata pada bahagian belakang badan selepas mandi dan sabun dengan menggunakan sabun anti-bakteria.

5. Biarkan sehingga masker kering selama 30 minit.

6. Setelah kering, bersihkan sisa masker dengan tuala yang dicelup air suam.

7. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil seperti yang dikehendaki.


Jom Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Mengamalkan penggunaan masker dari putih telur dan timun tidak akan berhasil andai anda sendiri gagal menerapkan gaya hidup yang sihat dan bersih. Jangan lupa amalkan juga tip seperti di bawah:

1. Kerap mandi bagi menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan.

2. Gunakan sabun anti-bakteria yang sesuai dengan kulit anda.

3. Kerap menukar pakaian dalam, minimum sehari sekali agar tubuh bebas daripada kesan peluh, kotoran dan bakteria.

4. Jika badan kerap berpeluh, pastikan juga baju kerap ditukar.

5. Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sejuk dan menyerap peluh dengan baik terutama apabila anda memiliki jerawat baru yang sedang merebak di belakang badan.

6. Apabila mencuci rambut, sebaiknya halakan rambut ke depan terutama ketika membersihkan sisa syampu pada rambut. Bahan kimia yang terdapat pada syampu dikhuatiri boleh memburukkan lagi masalah jerawat di belakang badan anda.

7. Ketika jerawat di belakang badan telah kering dan bersih, amalkan juga skrub di belakang badan atau pengelupasan kulit secara teratur. Hal ini bagi mengikis dan membuang sel-sel kulit mati yang berkemungkinan masih ada pada belakang badan dan punggung.

8. Pastikan juga jika anda menggunakan perapi rambut selepas bersyampu dilakukan seperti cara yang sama seperti bersyampu.
Read More

Jadual Penuh Perlawanan Liga Super 2017

Leave a Comment

Jadual Penuh Perlawanan Liga Super 2017


Ada apa dengan Bola.. bagi yang tak minat bola, Jadual ni tak penting kan.. hahaha.. macam aku. Aku tak minat bola tapi kalau negeri Sarawak main, aku akan sokong.. Korang yang tak minat bole macam tu jugakan.. mesti akan sokong negeri sendirikan..hehehe..

Bagi yang minat bola, jadual perlawanan Liga Super ni penting.. Dapat 'SAVE THE DATE'.. tengok live di stadium atau lepak di kedai mamak, tonton ramai-ramai.. 

Jom tengok jadual penuh perlawanan Liga Super 2017.
Good Luck dan All the best untuk semua team.. 























Kredit Gambar : FB Football Channel Kelantan
Read More

Khasiat Tersembunyi Air Kelapa

Leave a Comment

Khasiat Tersembunyi Air Kelapa


Khasiat Tersembunyi Air Kelapa

Sesiapa saja pasti menggemari air kelapa. Namun, air kelapa lebih popular menerusi rasanya yang ringan, mampu melegakan dahaga dan menyejukkan badan. Tetapi tidak ramai yang tahu khasiat tersembunyi air kelapa dari segi kesihatan dan kecantikan.


1. Membantu mengurangkan berat badan
  • Memandangkan air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah maka pengambilan yang banyak bukanlah satu masalah untuk anda yang mengamalkan diet. Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

2. Membantu menyihatkan kulit bermasalah
  • Bagi anda yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat, parut dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu merawat dan melembapkan kulit. Hal ini terbukti apabila kebanyakan produk seperti krim wajah, syampu, perapi dan losen badan mengandungi ekstrak kelapa dikatakan lebih berkesan.

3. Merawat perut yang kurang selesa
  • Setiap kali anda berdepan dengan masalah perut, meminum air kelapa membantu memberi keselesaan pada perut. Air kelapa dikatakan boleh menggantikan cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.

4. Membantu mengatasi pedih hulu hati
  • Kandungan serat yang tinggi di dalam air kelapa mampu mengelak masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah 'acid reflux'.Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.

5. Tingkat hidrasi tubuh
  • Air kelapa dikatakan sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Ketika bersukan, tubuh badan kehilangan banyak cecair dan mineral. Air kelapa menjadi pengganti cecair yang baik kerana mengandungi 284 mg potasium dan 5 mg gula semulajadi lebih baik berbanding minuman tenaga yang biasa diambil.

6. Mengurangkan tekanan darah
  • Kandungan elektrolit yang tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi berbanding air kelapa yang mengandungi kandungan yang sangat mencukupi yang diperlukan oleh tubuh badan. Anda disarankan untuk mengambil air kelapa setiap permulaan hari untuk mengimbangi elektrolit.

7. Kaya dengan nutrisi
  • Berbeza dengan minuman tenaga yang terdapat di pasaran, air kelapa mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium dan natrium. Disebabkan kandungannya yang unik, air kelapa bukan saja boleh dinikmati tetapi juga boleh digunakan untuk perubatan.

8. Serasi dengan darah manusia
  • Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia, air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan penghidratan semula dalam badan. Air kelapa sering menjadi penyelamat nyawa manusia di negara dunia ketiga.

Selepas ini, anda tidak perlu lagi risau dengan mengambil kira kekerapan minum air kelapa kerana ia tidaklah memudaratkan sebaliknya mendatangkan kebaikan. Mencari air kelapa di saat cuaca sedang panas membahang pun menarik juga. Jom!
Read More

COD Biobax Cool Theraphy di Kuching

Leave a Comment

COD Biobax di Kuching


COD Biobax Cool Theraphy di Kuching

Assalamualaikum warga Kuching, Sarawak. Reen nak kongsi sesuatu yang baik untuk korang iaitu BIOBAX COOL THERAPHY.. Spray Biobax ni memang MAGIC tau kerana mampu melegakan kesakitan seawal 3 minit.. 

Apa itu Biobax Cool Theraphy?
Biobax Cool Therapy merupakan satu produk spray terapi untuk mengurangkan sakit belakang dan sakit pinggang (Sesuai untuk ibu mengandung, ibu dan ayah yang selalu mengadu sakit-sakit)

Hanya spray saja di bahagian sakit, kesannya boleh dirasai seawal 3 minit. Jika digunakan secara berterusan, insyaAllah sakit tersebut boleh sembuh. Yang bestnya, spray ini tidak panas seperti minyak angin di luar sana. Ianya ada efek sejuk dan nyaman sangat lepas kita pakai.

Ramai yang dah mula jatuh cinta dengan Biobax Cool Therapy. Ianya sangat senang untuk digunakan dan senang untuk dibawa ke mana-mana.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy
  • Melegakan lenguh leher & sendi 
  • Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk 
  • Tahan sehingga 5 jam 
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Membantu melegakan lenguh bahu & leher 
  • Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang 
  • Sesuai untuk melegakan selsema & resdung 
  • Tidak Panas – Ada kesan sejuk yang sangat selesa selepas dipakai. 
  • Tidak Bau Ubat – Bau segar yang menenangkan fikiran. 
  • Molekul Sangat Halus – Senang meresap ke dalam kulit. 
  • Tidak melekit – Selesa untuk dipakai. 
  • Senang digunakan – Hanya spray saja di bahagian sakit. 
  • Ada kelulusan KKM – Dijamin selamat untuk digunakan. (NOT151103971K) 
  • Kesan Segera – Kesan akan dirasai sepantas 60 saat saja.Biobax boleh digunakan 500 kali semburan iaitu tahan lebih 3 bulan untuk penggunaan yang konsisten 3 kali sehari..

CARA PENGGUNAAN
Terdapat 2 cara menggunakan Spray Biobax :
  • Spray direct ke bahagian mana yang sakit (contoh: belakang, pinggang, atau lutut) Lepas tu gosok2 selama 1 minit sahaja.. selepas tu, hidu tangan anda dengan menarik nafas panjang-panjang. Anda akan dapat rasa fresh yang amat sangat.
  • Atau.. cara kedua, spray dulu di tapak tangan dan sapu di bahagian sakit sambik buat urutan lembut. Lepas tu, hidu tangan anda dengan menarik nafas panjang-panjang. Anda akan dapat rasa fresh yang amat sangat.

COD Biobax di Kuching
Ada berita gembira untuk korang. Biobax boleh COD di KUCHING... Alhamdulillah, korang yang tinggal di kawasan Kuching boleh terus order kat Reen, whatsap 010-5255601

COD Biobax Cool Theraphy di Kuching

COD Biobax Cool Theraphy di Kuching

COD Biobax Cool Theraphy di Kuching

COD Biobax Cool Theraphy di Kuching
Testimoni Pengguna 

Harga?
Harga 1 botol Biobax ialah RM85
Beli 2 botol Biobax ialah RM160

1 botol Biobax (50ml) boleh guna sehingga 500 semburan atau bertahan selama 3 bulan (bergantung kepada penggunaan)

COD KUCHING & Penghantaran seluruh Malaysia
📞010-5255601 (Reena)


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...