Jep Sepahtu dah Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri

1 comment

Jep Sepahtu dah Sari Yanti Sah Bergelar Suami Isteri



Tahniah Jap dan Sari Yanti... Hari ni terkejut dengar berita Jep dah kawin.. rasanya bukan aku je terkejut tapi seluruh rakyat Malaysia dan peminat Jep dan Sari Yanti.. Alhamdulillah.. Selama ni memang ada gosip-gosip si Jep dan Sari Yanti ni.. Tapi tak sangka kan, hari ni dapat berita Jep kahwin.. Apa punm Tahinah Jep dan Sari Yanti.. Semoga Masjid yang di bina ni kekal hingga ke Jannah..


Barakallah buat kedua mempelai setelah dipermudahkan segala urusanhanya dengan sekali lafaz beserta mas kahwin bernilai RM 1000 ringgit tunai bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan , Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin atau popular dengan gelaran Jep Sepahtu kini sah bergelar suami kepada Sari Yanti Mohamad Nazari pada jam 11.50 pagi di majlis pernikahan mereka yang diadakan di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya dan majlis akad nikah ini disempurnakan oleh jurunikah iaitu Ustaz Nazmi.

Ramai sanak saudara dari kedua belah pihak serta rakan-rakan artis kedua pengantin seperti Nazim Othman, Indan Ladyana, Mark Adam, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Dato' Hattan, Alif Satar dan ramai lagi turut hadir memeriahkan lagi suasana perkahwinan mereka.

Manakala, pengapit Jep pula terdiri daripada Tauke Jambu, Mark Adam, Rahim Sepahtu, Pak Ya, Shuib, Ropi Cecupak dan juga Ebby Yus. Manakala, Elfira Loy pula turut mengiringi Sari Yanti sebagai pengapit bagi pengantin perempuan.

Kami dari Sinar fm mengucapkan tahniah kepada Jep dan Sari Yanti, semoga selamat menjalani hidup sebagai suami isteri. Mari lah kita sama-sama mendoakan semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber: Facebook Sinar FM






Read More

Parut Jerawat Makin Pudar Guna Deeja Cosmetic

7 comments

Parut Jerawat Makin Pudar Guna Deeja Cosmetic 


Parut Jerawat Makin Pudar Guna Deeja Cosmetic

Sejak 2 3 tahun kebelakangan ni, aku jarang tengok drama jam 7 petang. Tapi di sebabkan aku hantu novel dan aku suka novel 7 Hari Mencintaku, aku sanggupkan diri untuk tonton drama ni.. Kalau tak sempat aku gigih tengok online... Dan setiap waktu iklan akan keluarlah iklan Deeja Cosmetic ni.. sampai aku terhafal lirik lagu dia... 

๐ŸŽต Raut wajahmu menceritakan segalanya ๐ŸŽต
๐ŸŽต Serikan wajahmu dengan Deeja Cosmetic  ๐ŸŽต
๐ŸŽต Keayuan semulajadi ๐ŸŽต

Dan akhirnya aku tergoda dan terjebak.. hahaha... di tambah lagi banyak kawan yang guna dan testimoni pula aku baca banyak positif.. Siapa yang tak terpikat.... kan..

Parut Jerawat Makin Pudar Guna Deeja Cosmetic

Aku ni jenis suka produk kecantikan yang set lengkap dan satu harga untuk semua.. Bagi aku kalau beli berasingan memang leceh sebab kadang-kadang apa yang kita nak tak de dan jadi tak lengkap set produk kita.. Jadi Deeja Cosmetic ni, memang aku nak sangat cuba..

Hehehe... sabun dia aku bahagi 6, nak jimat punya pasal haha.. sikit je gosok sabun kat tangan, lepas tu terus berbuih banyak.. Memang jimat sabun aku.. hehe yang bestnya, wangi sangat.. Boleh di katakan, aku hanya guna sikit je semuanya termasuk krim-krim dan toner.. Ekonomi tengah tak ok, selagi dapat jimat kena jimat.. 

Parut Jerawat Makin Pudar Guna Deeja Cosmetic

Perempuan ni bab wajah muka memang sensitif, semua nak muka cantik. Aku pun macam tu juga. Muka aku ni jenis yang cepat naik jerawat. Sebelum pakai produk Deeja ni, ada seketul dua jerawat tumbuh kat muka. Adoi risau juga sebab dah guna Deeja Cosmetic tapi jerawat tak surut, rupa-rupanya jerawat aku tu sebab period.. hahaha.. dan aku guna je terus Deeja Cosmetic ni tapi krim malam tu aku pakai selang satu hari, aku nak tengok reaksi kulit kat muka aku sebab reaksi setiap pengguna adalah berlainan.. Lepas 6 hari guna, kesan dah nampak.. yeah. jerawat dah surut, parut jerawat je tinggal... makin semangat aku nak guna Deeja Cosmetic ni.

Parut Jerawat Makin Pudar Guna Deeja Cosmetic

Sekarang ni, aku terus konsiten guna set Deeja Cosmetic ni, Pagi, cuci muka, dap dap toner. lepas tu calit sikit krim siang. Malam pula, cuci muka, dap dap toner, lepas tu guna krim malam dan krim nano. Tidur.. Esok pagi-pagi, bangun tidur terus tengok cermin.. nak tengok hasilnya.. hahaha... Tak menyempat je aku nak tengok hasil Deeja Cosmetic kat muka aku..

Jujur aku bagitahu, parut jerawat kat muka aku makin pudar..Memang gembira sangat parut jerawat yang lama pun dah kurang kelihatan. Setakat hari ini, aku tengok Deeja Cosmetic ni sesuai untuk kulit muka aku. Dari hari ke sehari aku nampak perubahan positif dan wajah aku tak kusam.

Harapan aku, Deeja Cosmetic dapat hilangkan semua parut jerawat kat muka aku ni.. Risau parut jerawat akan buat muka aku serupa macam bulan, Jauh nampak cantik, bila dekat nampak lubang-lubang.. Hehehe


TESTIMONI PENGGUNA DEEJA COSMETIC


GARA² MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA

Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.

Kulit wajah adalah aset besar terutama bagi wanita. Sakit, sedih dan risau semua ada bila berlaku kejadian sebegini. Sebaik terkena minyak panas wanita ini mendapatkan rawatan dari hospital. Tapi kerana bahagian yang terkena itu agak banyak dan sudah tentu masa yg diperlukan untuk sembuh lebih lama. 

Pada awalnya wanita ini memilih gel aloe vera untuk merawat luka dan pada masa yang sama dia berharap gel ini dapat membantu menghilangkan parut pada wajahnya.

"Saya kena mnyak panas tu ada dalam sebulan mcm tu la lepas tu saya dah tak pakai apa² skincare cuma sapu gel alovera je. Gel alovera tu cuma untuk baik luka² tu je nak hilangkan parut tu memang susah dan ambik masa lama jgk la.

"Tapi dalam sebulan tu muka dah jadi berminyak, tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang² juga...saya jadi down sangat² dengan masalah muka sy bila setiap kali tengok cermin, nak keluar rumah pn malu...kalau nk keluar rumah kena make up tebal², tapi make up mana boleh tahan lama...lama sikit je dh merekah.",luah Nurul dalam perkongsiannya kepada kami.

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran Nurul lebih berhati hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

"Saya cuba tengok² produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.

"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².

"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", tambah Nurul.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.


Talian untuk dihubungi:
๐Ÿ“ž 0196495950 
๐Ÿ“ž 0192495950
๐Ÿ“ž 0192785950
๐Ÿ“ž 0176535950
๐Ÿ“ž 0199459362
๐Ÿ“ž 0192526838

"Nak Cantik Gebu ??? Haruslah Deeja Cosmetic"

๐Ÿ’ป Instagram : @deeja_cosmetic_hq

Read More

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

2 comments

Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen


Sinopsis Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen akan bersiaran mulai 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar.

Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.

Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi.

Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia.

Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?
Read More

Sunnah Sikat Rambut

Leave a Comment

Sunnah Sikat Rambut


Sunnah Sikat Rambut

Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyikat rambut ke kanan dan akan mula menyikat daripada kanan kepala.

Aisyah r.a. meriwayatkan,

''Rasulullah s.a.w. suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci (taharah, menyikat rambut dan memakai selipar atau kasut).''
{Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad}


Dalam suatu riwayat, Ibnu Abbas r.a. mengemukakan,

''Sesungguhnya Rasulullah s.a.w., dulunya menyikat rambutnya ke belakang, sedangkan orang-orang musyrik menyikat rambut ke kiri dan ke kanan dan Ahlul Kitab menyisir rambutnya ke belakang. Selama tidak ada perintah lain, Rasulullah s. a.w. senang menyesuaikan diri dengan Ahlul Kitab. Kemudian, Rasulullah s.a.w. menyikat rambutnya ke kiri dan ke kanan.''
{Diriwayatkan oleh Suwaid bin Nashr dari Abdullah bin Al-Mubarak, dari Yunus bin Yazid, dari Az-Zuhri, dari Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.}

Read More

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

1 comment

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet


Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya tulisan Anjell di slot Akasia. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy. Ditunjangi oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Drama siri Suamiku Paling Sweet dijadualkan bersiaran pada 13 Februari nanti di TV3 menggantikan drama Biar Aku Jadi Penunggu.


JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 13 Februari 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Lia Natalia


WATAK PELAKON
Mawar Rashid sebagai Qisya Iris
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Natasya Mahyan sebagai Maya

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet


SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan. 

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
Read More

Milagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan

2 comments

Milagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan


Milagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan | Kita semua di zaman yang serba moden ni terdedah dengan pelbagai penyakit. Dan risiko setiap antara kita menghidapi pelbagai penyakit tu tinggi peratusannya. Korang percaya tak kalau Reen bagitahu ada Kopi yang mampu dan membantu kita mencegah dan mengawal penyakit? Kopi yang mampu mengekalkan kesihatan kita.

Kopi! Ya kopi merupakan salah satu minuman kegemaran hampir semua rakyat Malaysia. Rutin sarapan pagi adalah bersama kopi kan dan ada juga yang suka minum kopi di malam hari, sama ada rutin setiap malam atau membantu menyegarkan mata supaya tidak mengantuk..



Milagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan

Apa itu MILAGRO COFFEE?

MILAGRO COFFEE... satu produk minuman kesihatan TIDAK BERKAFIEN yang diekstrak dari pokok patawali diadun dengan bahan lain menjadikan ia minuman 7 in 1 yang sangat-sangat membantu kita mengawal dan mencegah penyakit 3 serangkai terutamanya dan sangat baik untuk :
  • Menstabilkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan sensitiviti insulin
  • Membekalkan antioksidan yang tinggi
  • Mengurangkan keletihan kronik
  • Meningkatkan penghadaman
  • Melegakan sakit perut
  • Melegakan pedih ulu hati
  • Menurunkan berat badan
  • Menyembuhkan osteoporosis
  • Melegakan demam selesema
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Merangsang aktiviti fizikal

Kebaikkan dan kelebihan MILAGRO - COFFEE PATAWALI. 

Ianya boleh membantu merawat, mencegah & mengawal :
  • Penyakit Kencing Manis
  • Darah Tinggi 
  • Sakit Sendi
  • Kanser
  • Cergas Badan
  • Bertenaga
  • Hilang Penyakit Gatal2
  • Keradangan
  • Alahan
  • Batuk
  • Demam Malaria
  • Menguatkan TENAGA BATIN
  • Awet Muda

Selain dari itu Milagro Coffee juga berkhasiat :

  • Tinggi AntiOksidan serta anti-alergik dan antibakterial membantu merawat luka kencing manis supaya cepat kering.
  • Menguatkan Saraf & sistem pertahanan tubuh badan 
  • Menghilangkan keletihan dan kelesuan serta mengembalikan tenaga dengan segera
  • Merawat penapis buah pinggang yang bocor supaya mampu nyahkan lebihan gula dan toksin dalam darah
  • Merawat masalah rabun yang punca dari kencing manis

Kajian saintifik Patawali (Tinospora crispa) telah di jalankan di UiTM Puncak Alam dan di komersialkam bersama adunan herba terpilih menjadi minuman berkhasiat dan bermutu tinggi.

Apa itu Patawali? Ini kali pertama Reen tahu pasal Patawali ni. Banyak khasiat Patawali ni... Antaranya mencegah dan mengawal kencing manis, darah tinggi, sakit sendi, anti kanser, keradangan dan demam malaria.


Testimoni 

Testimoni di bawah merupakan bukti yang Milagro Kopi Patawali minuman kesihatan.

Milagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan

Milagro Coffee Minuman Untuk KesihatanMilagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan

Milagro Coffee Minuman Untuk KesihatanMilagro Coffee Minuman Untuk Kesihatan


Mana nak cari dan dapatkan Milagro Coffee ni?

Bagi yang berminat untuk mencuba Milagro Coffee Patawali minuman kesihatan ni boleh hubungi Reena di 010-5255601


Harga : 

Dalam sekotak Milaro Coffee Patawali ni ada 20 sachets.
Semenanjung Malaysia - RM55 (Postage RM8)
Sabah Sarawak - RM60 (Postage RM10)


Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, boleh layari :

๐Ÿ’ป Website: www.milagrocoffee.com.my
๐Ÿ’ป Email : milagrocoffeemalaysia@gmail.com 
๐Ÿ’ป Facebook : KOPIMILAGRO
๐Ÿ’ป Twitter : @milagro_coffee
๐Ÿ’ป Instagram : @milagro_coffee



Read More

Langkah Berjaga-Jaga Ketika Berhadapan Anjing Liar

1 comment

Langkah Berjaga-Jaga Ketika Berhadapan Anjing Liar


Langkah Berjaga-Jaga Ketika Berhadapan Anjing Liar

Pernah tak korang terserempak dengan anjing liar kemudian di kejar anjing tersebut.. huhu.. aku pernah ada perngalaman di kejar anjing liar huhu.. rasa nak gugur jantung ni.. nasib baik masa tu, aku atas motosikal... cepat-cepat pecut motosikal tu.. masa tu aku dah terbayang yang betis kaki aku dah kena baham angin... dah terbayang yang kaki aku ada kesan gigitan anjing.. huhu.. bila di ingat balik seram rasanya...

Selepas kejadian tu, aku lebih berjaga-jaga.. Alhamdulillah ada beberapa tip yang aku ikut menjadi.. Antara tip langkah berjaga-jaga ketika berhadapan anjing liar ialah :

1) Jangan tarik perhatian anjing
  • Deria pendengaran anjing sangat peka dengan pergerakan yang laju. Jadi, untuk memastikan anjing itu rasa kurang tertarik pada anda, perlahankan pergerakan dan berjalan secara perlahan.

2) Jangan tenung mata anjing
  • Ya, jangan sesekali lakukan perbuatan ini. Sekiranya terserempak dengan anjing liar, alihkan pandangan dan pusingkan badan anda ke arah yang bertentangan dengan anjing itu.Tahu kenapa anda tidak boleh memandang mata anjing? Tenungan itu membuatkan anjing rasa terancam.

3) Buat tak endah
  • Buat tak endah , jangan keluarkan suara. Anjing tersebut akan berlalu pergi.

4) Jangan dekati anjing liar
  • Berhenti, berdiri tegak tanpa melakukan sebarang pergerakan yang membuatkan anjing rasa terancam dan berniat untuk melawan.

5) Suara lembut
  • Jangan sesekali menjerit pada anjing dan cuba untuk tenangkan keadaan dan guna suara yang lembut,

6) Sembur air
  • Pergi kemana-mana sediakan air dan sekiranya terserempak dengan anjing liar yang cuba untuk melawan anda, sembur sahaja air untuk membuatkan anjing jadi tidak agresif.


Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda diserang?
  • Sekiranya anda betul-betul diserang, jatuhkan diri ke atas tanah dan buat posisi seperti bola iaitu dengan menutup kepala anda dan kedudukan seperti bola. Pastikan anjing tidak dapat untuk menerkam dibahagian tisu lembut manusia iaitu kerongkong, muka dan juga perut.
  • Kemudian, jerit sepuas hati. Semoga tips ini dapat membantu kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Read More

Cara Hilangkan Bau Dalam Bekas Makanan

Leave a Comment

Cara Hilangkan Bau Dalam Bekas Makanan

Cara Hilangkan Bau Dalam Bekas Makanan

Pernah tak dah basuh banyak kali bekas makanan tapi bau masih lagi tak hilang? Huhuhu... Kadang-kadang tu bau yang terdapat pada bekas makanan tersebut akan melekat pada makanan lain yang simpan dan akan menyebabkan makanan lain tak sedap di makan selepas itu..

Cara senang nak hilangkan bau dalam bekas makanan. Jom tengok kat bawah :


1)Baking soda
  • Guna baking soda untuk hilangkan bau dalam bekas makanan. Bahan ini sangat berkesan untuk hapuskan bau kurang menyenangkan dalam bekas makanan.
  • Cara-caranya : campur soda dengan air suam dan gosokkan di bahagian dalam bekas makanan. Biar seketika sebelum bilas bekas makanan dengan air.
  • Ataupun, rendam sahaja satu malam bekas makanan dengan larutan soda tu.

2)Surat khabar
  • Ambil surat khabar lama yang sudah direnyukkan dan sumbat ke dalam bekas makanan. Biar semalam dan percaya atau tidak bau dalam bekas sudah diserap oleh surat khabar lama tersebut.

3) Cuka
  • Cuka sangat berkesan. Cara-caranya korang hanya perlu tuang cuka dalam bekas makanan dan biar selama 3 minit . Sebelum tuang cuka dalam bekas bilas terlebih dahulu bekas dengan sabun dan air. Kemudian, selepas 3 minit, korang bilas kembalid engan air biasa dan bau akan hilang!

4) Garam
  • Tabur satu sudu garam dalam bekas makanan dan biar selama 1-2 jam. Garam akan menghilangkan bau kurang senang dalam bekas makanan.

5) Perahan lemon
  • Perah lemon atau limau nipis ke dalam bekas makanan ataupun gosok limau ke dalam bekas. Biar dalam 3 minit dan bials dengan air. Bukan sahaja menghilangkan bau, lemon boleh menanggalkan kotoran degil.

6) Serbuk teh
  • Serbuk teh sangat membantu menghilangkan bau busuk. Boleh guna serbuk the yang sudah digunakan atau belum digunakan. Cuci terlebih dahulu bekas makanan, kemudian korang letak uncang teh dalam bekas makanan dan tutup bekas. Biar seketika sehingga bau dalam bekas hilang.

7) Jemur bawah matahari
  • Hilangkan bau makanan dengan jemur bekas makanan bawah matahari. Cuci dahulu bekas makanan dan jemur bawah matahari.
Read More

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

8 comments

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian


Korang ada tengok tak iklan TNB semperna Chinese New Year 2017 yang bertajuk Cooking Hustle... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat warga Malaysia yang menyambut CNY... Ok berbalik kepada iklan TNB, iklan ni kalau korang tengok memang ada unsur jenaka. Berkisahkan 3 orang menantu yang akan memasak dengan menggukan macam-macam skil, kemudian akan di hidangan kepada ibu mertua mereka.. Apa kata korang tonton dulu video iklan TNB ni..


Dah tengok... Apa yang korang paham tentang iklan Cooking Hustle ni? bukan sekedar lawak jenaka je kan, ada yang ingin di sampaikan TNB di dalam iklan ni untuk semua rakyat Malaysia. Aku akan huraikan apa yang aku faham dengan iklan ni..

Dalam iklan Cooking Hustle ni, semua ahli keluarga berkumpul dan 3 orang menantu perempuan di bagi tugasan untuk menyediakan juadah untuk Chinese New Year. Dengan kebolehan yang ada, masing-masing berusaha menunjukkan kepakaran cooking hustle supaya Maharani (ibu mertua) suka dengan masakan mereka. Apabila makanan telah siap di masak, kemudian di hidangkan kepada Maharani untuk di adili tapi malangkan makanan yang di masak ketiga-tiga menantu tidak menepati citarasa Maharani.. Huhuhu.. Nasib baik ada Maharaja (bapa mertua) yang bijaksana, dengan menggabungkan ketiga-tiga masakan menantu dan menjadi satu hidangan je. Keajaiban berlaku dan makanan tersebut menjadi lazat dan menggembirakan Maharani dan semua ahli keluarga... Happy ending.. Korang nampak tak moral of the story cerita ni..

Antara moral yang di ceritakan dalam iklan Cooking Hustle ni ialah :

  • Di tekankan bahawa Tahun Baru Cini adalah masa keluarga mengetepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan. 
  • Ketika ahli keluarga yang hadir adalah lebih penting daripada apa yang d hidangkan di atas meja. 
  • Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan , apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan dirai bukan di ketepikan.
  • Seperti hidangan tahun baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa., begitulah juga ahli keluarga kita.
  • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
  • Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.


Table Of Harmony

Kalau korang dah pergi ke website Table Of Harmony korang boleh join Mystery Dish.. dan mengetahui apa hidangan misteri korang... Cara nak join Mystery Dish ni senang je :

Mula-kula korang masuk website ni https://betterbrighter.my/tableofharmony

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Klik UNVEIL MYSTERY DISHES

Kemudian Klik DISCOVER WHAT MYSTERY DISH YOU ARE AND JOIN THE TABLE

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Jawab soalan yang di berikan berdasarkan pesonaliti korang.. Pilih A, B, C atau D

Webfilm Cooking Hustle TNB CNY2017 Penuh Dengan Mesej Keharmonian

Jeng.. jeng.. jeng....Mystery Dish aku ialah Burnt Skin Chicken...

Aku dah rungkaikan Mystery Dish aku, korang? Apa tunggu lagi, jom la rungkaikan Mystery Dish korang.. Senang dan mudah je... Ikut langkah-langkah di atas... 

Korang juga boleh layari media sosial di bawah untuk maklumat lebih lanjut :

๐Ÿ’ป Website : https://betterbrighter.my/
Read More

Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

2 comments
Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Antara Menu Sarapan Pagi Yang Mendorong Kenaikkan Berat Badan

Sarapan adalah waktu makan yang penting sebab sarapan membekalkan tenaga dan nutrisi yang tubuh anda perlukan. Ramai yang tidak mengambil sarapan kerana terlalu sibuk dan takut menjadi gemuk. Walhalnya dengan pengambil menu sarapan yang betul ia mampu menjadi anda lebih produktif dan cergas.

Namun begitu, ada beberapa menu sarapan yang sebenarnya mampu menyebabkan kita naik berat badan antaranya ialah:

1. Secangkir Kopi
  • Kopi mengandungi kafein dan dianggap sebagai menu sarapan yang tepat kerana kafein sangat berguna untuk mendorong hormone adrenal dalam tubuh. Namun begitu, dengan hanya meminum kopi sebagai menu sarapan ia bisa memperlambatkan peningkatan metabolism dalam tubuh.

2. Kuih – Muih
  • Sesetengah orang memilih untuk makan kuih – muih sebagai menu sarapan, tetapi tanpa mereka sedar, kuih sebenarnya mengandungi kandungan gula dan tepung yang akan menaikkan berat badan anda secara perlahan. 

3. Roti
  • Roti, terutamanya roti putih mengadungi kandungan tepung yang tinggi dan ia bukanlah makanan ideal untuk sarapan kerana roti mempunyai kalori serta gluten tinggi yang mampu menganggu kesihatan pencernaan sekali gus membuat berat badan anda naik.

4. Bijiran Keemasan
  • Bijiran atau pun sereal keemasan mengandungi gula buatan yang sangat tinggi. Rasanya memang enak lebih – lebih bila dimakan dengan susu namun tanpa kita sedar menu ini mampu membuat berat badan anda bertambah.

5. Nasi 
  • Sudah menjadi makanan ruji bagi orang Malaysia malah ada yang tidak selesa jika tidak mengambil nasi sehari suntuk. Nasi tidak sesuai menjadi menu sarapan kerana ia mengandungi kaborhidrat yang tinggi dan sekaligus memperlambatkan proses pencernaan. 

Semua senarai menu pagi di atas merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.. Tapi bukan sahaja sarapan pagi je punca berat badan naik tapi rutin makanan harian iaitu apa yang di makan setiap masa.. Kalau pagi dan ambil makanan berat, tengah hari dan makan malam harus kawal apa yang di makan.. 
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...