Feminine Mist Membantu Menjaga Kawasan Intim Wanita

Leave a Comment

Feminine Mist Membantu Menjaga Kawasan Intim Wanita


Feminine Mist Membantu Menjaga Kawasan Intim Wanita

Feminine Mist Membantu Menjaga Kawasan Intim Wanita | Kawasan intim wanita merupakan kawasan yang mudah di serang bakteria sehingga boleh menyebabkan kegatalan. rasa kurang selesa sehingga menggangu aktiviti harian kita. Kita selalu mendengar pelbagai produk penjagaan intim wanita yang menggunakan air dan kita hanya mempraktikkan di rumah je. Huhuhu...

Spray je. Pernah tak korang mendengar produk penjagaan bahagian intim wanita yang hanya spray je.. Selain itu mudah di bawa kemana sahaja. Haaaa. Ini aku nak kongsi satu produk keluaran Furley Bioextracts iaitu Feminine Mist yang mudah di gunakan, spray je

Feminine Mist Membantu Menjaga Kawasan Intim Wanita

Punca-punca Bahagian Intim Keputihan, Gatal-gatal Dan Berbau :

  • Aktif | Aktif bekerja atau menguruskan rumah tangga
  • Cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan kita berpeluh dan rasa kurang selesa di kawasan intim, kawasan Miss V yang lembap akan mengalakkan pertumbuhan bakteria dan menyebabkan keputihan, bau dan kerengsaan kulit.

Penyebab utama Miss V tidak selesa :
  • Bulu yang tumbuh ke dalam
  • Jangkitan yis
  • Membasuh menggunakan sabun
  • Penggunaan Panty liner
  • Stress
  • Sentiasa lembap
  • Air yang kotor
  • Kerap menggunakan tisu / tisu basah

Manfaat Beaute Feminine Mist :

  • Mengekalkan keseimbangan pH optimal vagina
  • Anti-bakteria dan anti-fungus
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Menghilangkan gatal-gatal dan inflamasi
  • Kelegaan segera daripada simptom dan ketidakselesaan akibat jangkitan vagina
  • Melegakan kegatalan akibat rambut yang tumbuh
  • Kesan melecet
  • Menganjalkan dan memutihkan
  • Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Semulajadi dan berasaskan air, tidak merengsakan
  • Pembungkusan yang tidak menonjol dan mudah dibawa bersama
  • Produk diproses dalam premis yang disahkan halal (iaitu, tiada alkohol digunakan di sebarang peringkat proses).
  • Pensijilan: HACCP, ISO22000, JAKIM Halal


Cara Penggunaan Feminine  Mist
  • Tidak perlu basah, hanya spray dan biarkan kering
  • Hanya seminit untuk kering. Dan boleh di gunakan di mana sahaja.
  • Cadangan penggunaan: Gunakan tiga kali sehari, atau selepas ke tandas agar kekal segar sepanjang hari.

Jaminan :
  • Gantikan sabun pembersih anda dengan Beaute Feminine Mist hari ini juga! 
  • Boleh digunakan setiap hari. 
  • Tidak akan menyebabkan masalah kulit kering. 
  • Hanya Spraykan sahaja untuk kesegaran sepanjang hari! 
  • Hilangkan masalah keputihan dan ketidakselesaan Miss V anda SEKARANG! Produk adalah 100% free dari bahan berasaskan haiwan. 
  • Sesuai untuk para Muslimah.

Berapa Harga Feminine Mist?
  • 1 botol : 35ML
  • RM48.00
  • Korang boleh dapatkan diskaun sebanyak RM10.00 hanya dengan menggunakan COUPON CODE : FBIO-6N1
Feminine Mist Membantu Menjaga Kawasan Intim Wanita
KLIK BANNER UNTUK PEMBELIAN

Untuk Maklumat lebih lanjut, boleh layari : 
Read More

Udang Masak Cili Padi

Leave a Comment

Udang Masak Cili Padi



Bahan-bahan :

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Sadu sudu teh serbuk kunyit / kunyit hidup
  • 5 helai cili kering / cili padi
  • 1 batang serai (Dititik hujung)


Cara-cara:

  • Kisar kesemua bahan sehingga lumat. 
  • Panaskan minyak. Kemudian masukkan serai dan bahan yang di kisar tadi.
  • Kacau sehingga pecah minyak sedikit.
  • Kemudian masukkan udang. Kacau sehingga udang ,masak.
  • Masukkan perisa secukupnya.
Selamat mencuba.
Read More

Diskaun Hebat Sehingga 90% Semperna Ulang Tahun Ke 5 Lazada

Leave a Comment

Diskaun Hebat Sehingga 90% Semperna Ulang Tahun Ke 5 Lazada



Diskaun Hebat Sehingga 90% Semperna Ulang Tahun Ke 5 Lazada | SURPRISE!!!! Ulang Tahun Ke 5 Lazada kali ni bertemakan KEJUTAN. Dan aku dengan pasti dan yakin pasti korang terkejut dengan diskaun yang di tawarkan Lazada. Apa tunggu lagi, jom la shopping. Diskaun gempak ini bermula dari 22 sehingga 24 Mac 2017... Cepat-cepat, 3 hari je, jangan lepaskan peluang ini. Hehehe

Kali ini aku nak kongsi antara barang-barang yang mendapat diskaun yang WOW sangat kat korang iaitu barang baby.. Ibu, mama, mommy, umi, mak-mak pasti sangat teruja untuk shopping online kalau melibatkan barang-barang babykan...

  • Antara kelebihan Khind Baby Porridge Cooker ni ialah Berkualiti tinggi dan Glass Lid.
  • Fungsi 9 jam.
  • Kawalan Micro Komputer
  • Auto Keep Warm.
  • Jaminan 1 tahun


Rambang mata tengok pakaian baby yang cantik-cantik dan comel-comel... Raya ta lama lagi... Haaaa ni lag peluang korang nak beli pakaian untuk anak-anak.. Mesti nampak bergaya je nanti..


Kelebihan   


Wipeo Unza Malaysia merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk di Malaysia dan salah satu nya ialah Carrie Junior Baby Hair And Body Wash. Produk yang mendapat kepercayaan ibu-ibu di Malaysia.

CARRIE JUNIOR Hair and Body Wash memberikan mandian yang efektif untuk rambut dan badan bayi serta mengekalkan kulitnya yang lembut dan sihat.        





Photobook Malaysia. Korang suka ambil gambar tak? Mesti suka kan. Setiap gambar yang di simpan di telefon dan kamera pasti menyimpan seribu memori tapi jika sesuatu berlaku seperti handphone rosak atau kamera rosak, pasti korang rasa kecewa sebab gambar kenangan yang tersimpan dia dalam handphone dan kamera korang hilang.. 

Photobook Malaysia merupakan salah satu cara korang untuk menyimpan kenangan. Dan bila-bila masa korang boleh melihat kenangan yang di cetak sebagai sebuah buka pada bila-bila masa.



Kelebihan kandungan yang terdapat di dalam Nourishing Skin Cream.
  • Aloe Vera dikenal kaya akan enzim, polysaccharides untuk melawan perkembangan bakteri dan jamur. Selain itu berfungsi untuk melembabkan dan melembutkan kulit secara intensif.
  • Winter Cherry efektif sebagai anti-stress agent dan bersifat antioksidan sehingga mempercepat regenerasi sel kulit.
  • Indian Kino Tree bekerja sebagai astringent untuk meremajakan kulit wajah.
  • Indian Pennywort mampu menjadi penyembuh untuk berbagai alergi kulit.


Keselasaan bayi merupakan salah satu perkara yang sangat di titik beratkan oleh ibu bapa. Sangat penting memilih memilih lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit bayi.  Wang menjadi tempat kedua jika melibatkan kebaikkan bayi. 

Lampin pakai buang Goo.n sangat fleksibel dan sesuai untuk pergerakan bayi. Selain itu, teknologi 'Magical Gel' berfungsi dalam penyerapan yang bagus. Lampin pakai buang Goo.n mempunyai lapisan udara yang meliputi setiap ruang dan tidak perlu risau mengenai kelempaban lampin pakai buang. Lampin pakai buang Goo.n sangat selesa kerana kelembutannya ibarat seperti kapas.


Korang juga boleh layari Lazada di :
Web : http://www.lazada.com.my/Instagram : https://www.instagram.com/lazada_my/
Read More

Suprise Box Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Lazada

Leave a Comment

Suprise Box Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Lazada


Suprise Box Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Lazada

Siapa yang suka shopping online... Ada berita gembira untuk korang... Ulang tahun ke 5 Lazada akan tiba tak lama lagi.. Semperna ulang tahun ni, Lazada akan buat Sale yang gempak sangat, WOW kan...


Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Lazada

Semperna Sambutan Ulang Tahun Ke 5, Lazada mengadakan 5th Birthday Surprise. Iaitu tawaran yang sangat gempak. Lazada ingin korang semua menjadi sebahagian dalam sambutan ulang tahun ini. Oleh itu, Lazada telah melancarkan suatu jualan khas meraikan acara ini dengan menawarkan pelbagai tawaran-tawaran eksklusif dan yang pastinya korang tak akan mahu melepaskan peluang ini!

Pelbagai tawaran di berikan dengan lebih daripada 10 juta produk yang dijual merentasi 18 kategori utama. Hanya di hujung jari korang je, korang boleh mencari hiasan rumah yang terbaru dan perkakasan rumah, telefon pintar paling popular dan aksesori komputer, atau pakaian paling cantik dan aksesori untuk wanita, anda boleh lakukan demikian, di sini, di Lazada Malaysia

Bermula dari 22 hingga 24 Mac 2017, Lazada mengadakan kejutan terbesar pada tahun ini, yang pastinya akan memberikan keseronokkan dan kegembiraan 5 kali ganda hebat dari sebelum ini kepada pelanggan Lazada. Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang yang julung-julung kali ini.


Macam mana nak dapatkan Tawaran Surprise dari Lazada?

Suprise Box Sambutan Ulang Tahun Ke 5 Lazada

Korang ikut langkah-langkah seperti gambar di atas. Korang dah boleh mula sekarang tau.. Log in akaun Lazada korang. Kemudian cari dan masukkan barang yang korang nak ke 'WISHLIST' dan Save.. Pada 22 hingga 24, korang access semula wishlist di akaun Lazada korang. Klik Add To Cart dan korang boleh mula shopping. Korang pasti akan Surpise lepas tu...




Selamat bershopping.. Korang boleh Klik Banner Lazada atas tu untuk shopping.
Read More

Kecewa BR1M Gagal. Antara Sebab-Sebab Pemohonan BR1M Tidak Berjaya.

Leave a Comment

Sejak dua menjak ni, timeline penuh dengan luahan dari mereka yang gagal menerima BR1M. Sedih juga tau baca luahan mereka ni, lebih-lebih lagi mereka yang berkeluarga.

Bagi mereka yang tidak berjaya boleh buat RAYUAN bermula 3 APRIL HINGGA 31 MEI dan bawa dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sebelum itu, korang baca dulu punca-punca BR1M di tolak. Semoga dapat membantu korang.

BR1M 2017 Anda Ditolak? Baca 17 Punca Ini Dulu.

SEJAK awal pagi heboh di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kesal susulan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka ditolak.

Timbul pelbagai persoalan yang ‘menghantui’ fikiran pemohon yang memikirkan sebab permohonan mereka ditolak sedangkan sudah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan bagi menerima bantuan berkenaan.

Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berikut adalah di antara kesalahan-kesalahan, punca atau sebab permohonan BR1M 2017 ditolak atau gagal :

👉 Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.

👉 Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.

👉 Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).

👉 Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).

👉 Maklumat tanggungan tidak lengkap.

👉 Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.

👉 Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.

👉 Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.

👉 Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.

👉 Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

👉 Nama pemohon berbeza dengan data JPN.

👉 Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.

👉 Permohonan lebih daripada satu kali.

👉 Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.

👉 Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.

👉 Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Diharapkan dengan informasi ini dapat menjawab ‘persoalan’ pemohon BR1M yang ditolak mentah-mentah kerana kesilapan anda ketika menyatakan maklumat yang tidak sahih.

Pemerhatian di laman web BR1M mendapati syarat kelayakan yang disenaraikan adalah seperti berikut:

Difahamkan, bagaimanapun terdapat perincian syarat kelayakan yang hanya diketahui oleh agensi yang dilantik kerajaan bagi menyemak setiap permohonan.


Read More

Tanda Anda Memiliki Mental Yang Kuat

Leave a Comment

10 Ciri Ini Tanda Anda Memiliki Mental Yang Kuat

Hidup ini memang penuh dengan liku-lkku, sebab itulah kita perlu memiliki ketahanan mental yang kuat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Kadang-kala ujian yang datang boleh melemahkan semangat atau timbulnya rasa putus asa dalam diri. Kata orang tua-tua "hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah".

Kebiasaanya, kejayaan milik orang yang mempunyai sifat percaya diri yang baik atau lebih mesra dipanggil mempunyai mental yang kuat! Ini kerana, sifat ini membuatkan mereka dapat mengawal emosi walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Hasilnya, pemikiran dan tingkah laku inilah yang menjadi sebahagian daripada kunci mereka cemerlang dan bahagia dalam hidup. Tidak dinafikan, semua orang berhak untuk memiliki mental yang kuat. Asalkan ada kemahuan dan keberanian untuk melakukannya. Supaya lebih jelas, kali ini saya akan cuba membahaskan ciri-ciri yang ada pada orang yang memiliki mental yang kuat.

1. Bertanggungjawab
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak duduk termenung mengenang nasib yang menimpa dirinya. Tidak minta dikasihi walau seteruk mana pun ujian yang hadir. Mereka mengambil langkah bertanggungjawab terhadap perbuatan yang telah mereka lakukan dan sentiasa memahami yang hidup ini tidaklah mudah.

2. Mereka tidak dikawal oleh sesiapa
Orang yang memiliki sifat ini tidak membenarkan sesiapa sahaja mengawal diri mereka. Mereka tidak mengizinkan orang lain berkuasa di atas hidup mereka dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka tidak akan menyalahkan orang lain. Mereka boleh memberi respon dalam pelbagai keadaan dengan cara yang bijak. Mereka inilah orang yang ‘berani buat berani tanggung'.

3. Boleh mengawal emosi
Antara paling ketara yang dapat dilihat adalah orang seperti boleh mengawal emosi mereka. Contohnya bila berhadapan dengan situasi yang teruk seperti kehilangan dompet. Selalunya mereka tidak akan mengeluh dan cuba fokus kepada apa yang patut dilakukan.

Menyedari sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan dan terus melakukan tindakan. Menurut pendapat mereka, tiada satu masalah pun yang tidak dapat diselesaikan. Katanya "bukan mati pun".

4. Tidak ikut orang lain
Hanya kerana ramai orang lakukan sesuatu perkara, ini tidak bermakna mereka juga perlu melakukan perkara yang sama. Pemikiran mereka tidak mudah dipengaruh. Dan mereka juga sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.

5. Tidak pedulikan kata org terhadapnya
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak menghiraukan tanggapan orang lain, mereka sedar bahawa tidak perlu menyenangkan semua orang. Mereka tidak takut untuk berkata tidak atau berkata benar jika diperlukan.

Prinsip mereka adalah berusaha untuk menjadi baik dan berlaku adil kepada semua orang, dalam masa yang sama boleh menangani sifat marah orang terhadap dirinya.

6. Tidak takut mengambil risiko
Orang yang memiliki mental yang kuat tidak mengambil risiko sebarangan, tetapi mereka juga tidak takut untuk mengambil risiko. Mereka menghabiskan masa untuk menilai sesuatu risiko sebelum membuat keputusan yang besar.

7. Tidak mengenang masa lalu
Orang seperti ini tidak akan dimakan oleh kesilapannya di masa yang lalu. Mereka tidak membuang masa dengan memikirkan kesilapan yang lalu atau apa sahaja perkara buruk yang pernah dilaluinya.

Mereka belajar dari kesilapan, dalam masa yang sama berusaha untuk menjadi lebih baik dan merancang masa hadapan yang cemerlang.

8. Tidak dengki dengan orang lain
Mereka tidak dengki malah menghargai kejayaan orang lain. Mereka tidak rasa terhina atau patah hati ketika orang lain mampu mencapai lebih daripadanya. Orang seperti ini percaya bahawa setiap kejayaan datang dari usaha dan kerja keras.

9. Pantang menyerah kalah
Gagal bukan alasan untuk berhenti dari berjaya. Orang yang memiliki mental yang kuat tidak kalah dengan kegagalan, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai pendorong kebangkitannya. Mereka sentiasa bersedia untuk terus mencuba sehingga berjaya.

10. Tidak takut bersendirian
Oleh kerana sifat yakin dan percaya pada diri sendiri yang kuat, mereka tidak takut untuk berdiri pada kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ketika bersendirian, mereka akan menggunakan waktu dgn sebaik mungkin untuk menjadi lebih produktif. Bagi mereka kejayaan tidak bergantung kepada orang lain melainkan dirinya sendiri.

Bersendirian bukan bermaksud hidup dalam kesepian atau tanpa teman, tapi mereka mampu berdikari dan bahagia walaupun seorang diri.

Di atas adalah sebahagian daripada ciri-ciri orang yang memiliki mental yang kuat. Adakah anda memiliki ciri-ciri ini, jika ya! Anda adalah salah seorang daripadanya. Atau tepuk dada, tanyalah iman.


Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...