Sindrom

Sindrom



Cover novel nampak macam seram tapi hakikatnya tak.. Hehehe sebab tu don't judge a book by it cover bak kata orang putih... Pada mulanya aku tak tertarik dengan novel seram-seram ni.. tapi bila tahu Tey Marzuki ni novelis dari Sarawak.. Sarawakian dalam diri ni tiba-tiba kuat.. hehehe.. Lepas u baca komen-komen dari pembaca tentang novel ni semua bagitahu best dan lain dari yang lain.. Jadi aku pun nak tahu macam mana jalan cerita ni.. 

Feedback dari pembaca lain memang memainkan peranan penting tau.. sebab sebelum beli novel aku akan baca feedback tentang sesuatu novel tu.. Bila feedback banyak bagitahu best,, mulalah aku mencari, mencari dan lepas tu membeli... Dan kadang-kadang tu aku akan beli tanpa baca sinopsis.. 

Berbalik tentang novel Sindrom ni.. mula-mula baca tak jangka jalan cerita novel ni berlatar belakang bandaraya Kuching.. my hometown.. hehe.. lepas tu tak jangka pula jalan cerita berkisarkan zaman kemelayuan dulu... Wahhh.. memang lain dari yang lain.. Gabungan masa depan dan masa silam yang sangat menarik bagi aku.  Dan yang paling tak jangka,, rasa dejavu bila baca novel ni sebab teringankan Filem Musang Berjangkut karya Seniman P.Ramlee.. 

Tak dapat nak bayangkan macam mana nak bercinta bila sorang dari zaman moden dan sorang dari zaman kesultanan melayu. Huhuhu..


Sinopsis Sindrom

Afifah, seorang gadis yang tercampak ke zaman silam. Purnama Nilam, seorang panglima yang setia. Mereka bertemu dalam satu suratan, gelang dan belati. Membina persahabatan dalam sebuah kembara, menemani Raja Muda mencari seorang bakal permaisurinya, Seri Cahya.

“Izinkan hamba untuk melindungi Afifah,” pinta Purnama Nilam.

Hukum alam, seorang manusia tidak bisa hidup dalam dua zaman yang berbeza dalam satu masa. Lantas, adakah takdir bakal merenggut di saat hati mengecap bahagia rasa? Afifah perlu kembali ke dunianya.

“Maka, siapakah yang akan melaksanakannya, kanda?” tanya Seri Cahya kepada suaminya.
“Biar patik melakukannya, Tuanku,” sampuk Purnama Nilam



Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Jumaat, Februari 16, 2018 9:01:00 PTG delete

woaaa da macam citer Korea ni dua masa berbeza. menarik2..

Reply
avatar
Hans
AUTHOR
Jumaat, Februari 16, 2018 10:07:00 PTG delete

macam menarik pula novel nih

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon