5 Menu Sungkei Wajib Di Sarawak

5 Menu Sungkei Wajib Di Sarawak

Bulan Ramadan memang tak dapat dipisahkan daripada makanan. Orang Sarawak tentunya familiar dengan makanan ni, ada yang wajib makan setiap hari. Orang Semenanjung yang merancang nak ke Sarawak pula, korang memang tak boleh lepaskan 5 makanan famous time sungkei ni.

1.Kuih Bongkol

Kredit gambar: Kosmo
Makanan tradisional Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong. Kesemua bahan akan dicampur sebati dan dimasukkan ke dalam daun pisang untuk dikukus. Rasanya lemak manis dan cukup digemari sebagai hidangan sungkai.


2.Bubur Pedas


Bubur lambuk popular di Semenanjung, di Sarawak pula terkenal dengan bubur pedas. Bubur ini diperbuat daripada rempah khas, dengan lebih daripada 10 jenis sayur-sayuran. Antara bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan bubur ini ialah ayam atau daging, lobak, kacang panjang, terung, tauhu kering, udang kering, serai, jagung muda, daun cekur, pucuk midin, ubi kentang dan santan.


3.Kuih Celorot

Credit: femina.co.id
Ada juga yang memanggilnya kuih selorot. Kuih yang berbentuk kon dan diperbuat daripada gula apong/gula nipah/gula kabung, santan dan tepung beras ini dibalut dengan daun nipah. Kuih ini lembut dan rasanya tidak terlalu manis. 


4.Manuk Pansuh

Kredit: Sinar Harian
Ayam dengan kuah sup yang dimasak di dalam buluh. Hidangan tradisi asal kaum Iban ini menggunakan isi ayam dengan campuran herba dan sayuran yang dibakar di dalam buluh.


5.Sotong Tutok

Sotong kering yang diketuk. Untuk menyediakan hidangan ini, sotong perlu dibakar atau dipanggang menggunakan bara beberapa minit untuk melembutkan sotong. Kemudian, sotong akan diketuk agar isinya mudah dimakan. Hidangan ini dimakan dengan sambal pencicah. Sotong tutok lebih sedap jika sambal pencicahnya sedap
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon