GST Sifar Bermula 1 Jun 2018

GST Sifar Bermula 1 Jun 2018


Sebelum ini rakyat Malaysia perlu membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan sebanyak 6%. Namun, berkuatkuasa 1 Jun 2018, GST akan dikenakan dengan kadar sifar atau lebih senang jika sudah tiada lagi. 

Pengumuman ini dikongsi menerusi Facebook, Kementerian Kewangan Malaysia


PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR 


Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan 

perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan 

yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and 

Services Tax – GST) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar 

sifar (0%). Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 

1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di 

Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang 

kekal dikecualikan dari GST.

Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan 

pengenaan kadar sifar ini. Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga 

masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya 

berkenaan pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam 

tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input. Peniaga juga 

perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah 

mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 

1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam).



Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon