MENGELAKKAN RASA LETIH DAN MENGANTUK SEPANJANG BERPUASA

MENGELAKKAN RASA LETIH DAN MENGANTUK SEPANJANG BERPUASA


Ramai yang rasa letih dan mengantuk apabila berpuasa.


1. Tidur malam yang mencukupi, sekurang-kurangnya 6 jam. Untuk itu kita boleh tidur awal dalam pukul 10 pm, agar kita dapat bangun lebih awal 4 am. Jika masih mengantuk, boleh tidur sebentar 10-15 min sebelum zohor. Ia saangat memberikan tenaga.

2. Minum air secukupnya sekurangkanya 2.5L (atau pengiraan mudah: 8 gelas).
Contoh yang amalkan:
  • 1-2 gelas ketika mula bersahur
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas sebelum solat Isyak
  • 2-3 gelas selepas terawih dan sebelum tidur
  • 1-2 gelas selepas bangun untuk bersahur
  • 1 gelas ketika bersahur

3. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi putih. Gantikan dengan nasi rebus (parboiled rice) atau nasi perang. Jika tiada peluang, ambil satu atau dua senduk nasi putih bersama 2-3 senduk sayur.

Karbohidrat ringkas akan menyebabkan perut kita kembung dan senak. Kita juga akan berasa lebih letih dan cepat mengantuk sepanjang berpuasa.

4. Ambil kurma yang terbaik (kerana sekarang pun ada kurma celup gula) sebagai penambah tenaga. Kurma juga mempunyai banyak serat, mineral, enzim dan vitamin.

Boleh ambil 3-4 biji kurma, bersama air kosong atau air susu semasa memulakan berbuka, kemudian solat maghrib. Untuk sahur ambil 3-4 biji kurma bersama air kosong. Pastikan bilangan kurma yang diambil berjumlah ganjil. Kemudian ambil makanan yang terhidang dalam kadar yang sederhana.

5. Ambil satu atau dua sudu minyak zaitun atau minyak, semasa berbuka atau bersahur. Jika terlupa boleh ambil sebelum tidur. Minyak zaitun atau minyak kelapa sangat bagus memberikan tenaga sepanjang berpuasa. Ia juga sangat bagus bagi mengelakkan sembelit sepanjang berpuasa. Bagi yang sering mengalami perut kembung, rasa pedih (gastritis), ia membantu melegakan masalah ini.

6. Bagi mereka yang mengalami penyakit kronik, jangan lupa mengambil ubat yang biasa diambil. Berbincang dengan doktor jika ada ubat yang perlu dikurangkan dos (terutama ubat untuk diabetes) kerana kita tidak lagi makan seperti biasa.

Bagi orang berusia atau mereka yang terpaksa bekerja kuat atau bekerja shif, saya cadangkan ambil beberapa pil vitamin untuk rasa lebih bertenaga. Tenaga bukan berasal dari karbohidrat yang kita makan saja, tetapi bagaimana ia dijanakan dan vitamin membantu penjanaan tenaga.

7. Lakukan banyak pergerakan fizikal seperti bersolat, berjalan ke masjid atau berjalan semasa di tempat kerja. Kita akan rasa sedikit penat, tetapi ia hanya sementara. Setelah beberapa hari tubuh kita akan berasa 'lebih sedap dan ringan'.

8. Kurangkan tidur semasa berpuasa kerana ia lebih meletihkan dan menyebabkan pemikiran menjadi buntu.

9. Mempercepatkan berbuka dan bangun untuk sahur itu sunnah, tetapi makan makanan yang terhidang secara berlebihan sehingga kekenyangan adalah suatu yang dilarang.

10. Kurangkan perasaan yang negatif seperti rasa marah, merungut dan membenci. Ia akan meletihkan kita. Tanamkan rasa sabar, redha dan syukur. Banyakkan zikir, solat dan membaca al Quran. Ia memberikan tenaga dalaman dan menenangkan hati.

11. Ambil kesempatan berpuasa untuk melatih tubuh kita agar tidak rakus dan gelojoh terhadap makanan. Bila lapar, memang pemikiran kita terganggu dan nafsu kita untuk makan semakin tinggi. Jika mahu makan makanan yang lebih sedap di luar kebiasaan kita, boleh lakukan sesekali pada hari-hari istimewa, ambil dalam kuantiti sederhana dan nikmati makanan. 

Setiap makanan yang dimakan akan ditanya sumbernya, ke mana tenaga yang diperolehi digunakan dan adakah kita berlebih-lebihan (membazir ketika makan).

Setiap makanan yang diambil juga menjadi ubat untuk tubuh kita, pada masa yang sama boleh mendatangkan penyakit.

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon