Kenapa Burj Khalifa Ada 3 Zon Berbuka Puasa Yang Berbeza?


Kenapa Burj Khalifa Ada 3 Zon Berbuka Puasa Yang Berbeza?



Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menjadi menara tertinggi di dunia. Oleh kerana itu, dalam fatwa yang dikeluarkan pada 2011, mufti besar Dubai telah mengarahkan mereka yang berada di bangunan tersebut wajib mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat bangunan.

Kenapa pula macam tu?

Disebabkan bangunan Burj Khalifa tu terlampau tinggi, maka terdapat perbezaan dalam melihat waktu matahari terbenam bagi setiap tingkat, iaitu orang pada tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding individu yang duduk di tingkat atas.
Zon berbuka yang berbeza

Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed Al Haddad menerangkan bahawa Burj Khalifa mempunyai ketinggian lebih daripada 828 meter dan mempunyai 160 tingkat dan disebabkan itu, waktu berbuka perlu dibahagikan kepada tiga.

Tiga waktu tersebut bergantung pada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat dari tempat tinggal mereka. Selagi tidak melihat sendiri waktu matahari terbenam, mereka tidak boleh berbuka puasa.

Bagi siapa yang tinggal di tingkat bawah, iaitu 80 hingga 150 bermula pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu berbuka puasa dilambatkan selama dua minit daripada tingkat bawah. Sama seperti solat Isyak yang harus dilambatkan dua minit juga. Manakala, waktu solat subuh pula dipercepatkan dua minit lebih awal daripada tingkat bawah.

Untuk mereka yang tinggal lebih daripada 150 tingkat ke atas,iaitu pada ketinggian 800 meter ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambatkan tiga minit berbanding dengan tingkat paling bawah. Begitu juga dengan solat Isyak yang perlu dilambatkan sebanyak tiga minit dan solat subuh bermula tiga minit lebih awal.


Kenapa orang di tingkat atas perlu mula berpuasa lebih awal?

Umat Islam memulakan hari berpuasa bila sudah masuk waktu Subuh, iaitu apabila kelihatan ‘Fajar Sodiq’ yang merupakan cahaya putih agak terang menyebar di ufuk Timur, muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.

Dah tentulah orang yang ada di tingkat atas akan melihat ‘Fajar Sodiq’ ini terlebih dahulu kerana mereka berada di tempat yang tinggi.

Jadi, ini adalah sebab kenapa mereka perlu berpuasa lebih awal berbanding individu yang tinggal di tingkat bawah.

Rupa-rupanya ini yang berlaku kalau kita berada di tempat tinggi sangat kan. Kalau macam ni, kena la selalu alert dengan jadual waktu berbuka. Tak boleh suka-suka hati ikut orang lain, knowledge tu perlu ada.

Sekurang-kurangnya dengan penjelasan yang diberikan ini juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita sendiri.

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen
Raydah
AUTHOR
Jumaat, Jun 08, 2018 2:34:00 PG delete

I've heard of this before but never really tried to understand it. haha
now I know

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon