Resepi Sup Bunjut, Buat Sendiri Di Jamin 100% Bebas Sihir

Resepi Sup Bunjut, Buat Sendiri Di Jamin 100% Bebas Sihir



Kau dah kenapa ni Cah, tu sup bunjut tu.

Apa juttt mak?

Cah, tahulah kamu malas ke masak, takkan sup bunjut pun kamu tak kenal...

Antara dialog di dalam drama Nur yang Viral sebab si Aisyah menuduh Nur sihirkan ahli keluarganya.. 

Kalau rasa tak nak di sihir buat sendiri bunjut sup barulah 100% dijamin bebas sihir.  Hehe

Resipi Bunjut Sup:
A) Bahan (untuk satu bunjut):
  • 1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil - masukkan sedikit saja)
  • 1 bunga lawang (ceraikan)
  • 3 bunga cengkih

B) Bahan yang dipecah-pecahkan:
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 3 biji buah pelaga (pecahkan)
  • Secubit biji sawi
  • Secubit biji kas-kas (beli kat kedai India - kalau tak ada pun tak apa)
Bahan B dipecahkan (tumbuk sedikit saja). Masukkan kesemuanya dalam kain kasa, lillit dengan benang. Dah boleh gunakan. 

notes: Boleh guna kain kasa yang balut luka yang jual dekat farmasi tu.. 

Kredit: Delihayat kitchen



Latest
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon