Kisah Inspirasi Pengasas JamuMall, Khairul Nizam yang Sangat Luar Biasa

Kisah Inspirasi Pengasas JamuMall, Khairul Nizam yang Sangat Luar Biasa



Assalamualaikum.. OKU bukan bererti dia lemah.. Allah tahu dia kuat, jadi Allah turunkan dugaan yang pasti akan menjadi dia lebih kuat.. Semangat yang ada dalam diri dia menjadi pembakar untuk berjaya dan semoga orang lain mengikut kekuatan yang ada dalam dirinya.. Untuk orang yang suka memang rendah, keadaan dia orang anggap penghalang tapi untuk mereka yang berfikiran positif itu bukan penghalang tetapi itu satu cabaran untuk berjaya... Semoga semangat, dan kejayaan Khairul Nizam menjadi salah satu inspirasi untuk kita berjaya juga. 

Jom kita baca luahaan hati di facebook beliau yang sangat terkesan.

Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...


Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sane nak jadi macam aku , nak bayak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus , lapar , penat , takde orang disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 


Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yag suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran !! 

Ramai cube memilih untuk kerja senang , takvnak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yang allah beri dan jangan sia-sia kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yang ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

Jom follow Khairul Nizam
FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website https://jamumall.com/
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon