Peraturan Baru Lapisan Filem Atau Cermin Gelap Ke Atas Kenderaan Motor




PUTRAJAYA, 7 Mei 2019 - Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini.



Menurutnya, peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%.

Pindaan yang terbaharu adalah ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan dibenatkan sebarang peratusan VLT manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada.

Tambahnya lagi, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.

Bagi yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap  dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

Beliau turut memaklumkan, bagi setiap permohonan yang dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 dan setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun. Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid

Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.

#JPJMalaysia
#DigitalisasiKeArahIntegriti 
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ 

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia 

Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia 

Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon