Pahala Memberi Salam

Pahala Memberi Salam 


Daripada Imran bin Husain dia berkata, 

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ ثُمَّ جَلَسَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرٌ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ عِشْرُونَ ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ فَرَدَّ عَلَيْهِ فَجَلَسَ فَقَالَ ثَلَاثُونَ

"Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dan mengucapkan, 'Assalamualaikum'. Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, Nabi ﷺ kemudian bersabda: 'Sepuluh.' Setelah itu ada seseorang datang dan mengucapkan salam, 'Assalamualaikum wa Rahmatullah.' Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, baginda bersabda: 'Dua puluh.' Setelah itu ada lagi orang datang dan mengucapakan salam, 'Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa barakatuh.' Baginda membalas salam orang tersebut lalu duduk, baginda bersabda: 'Tiga puluh.'

عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَعْنَاهُ زَادَ ثُمَّ أَتَى آخَرُ فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ وَمَغْفِرَتُهُ فَقَالَ أَرْبَعُونَ 

Daripada Sahl bin Mu'az bin Anas daripada ayahnya daripada Nabi ﷺ dengan makna yang sama. Dia menambahkan, "Kemudian datang orang lain dan mengucapkan 'Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuhu wa Maghfiratuh.' Baginda kemudian bersabda: 'Empat puluh.'"

(HR. Abu Daud no. 5195, disahihkan oleh Syeilh al-Albani)
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon