Resepi Daging Masak Hitam

Resepi Daging Masak Hitam


Bahan menumis A
👉Kulit kayu manis (1-2 batang)
👉Buah Pelaga ( 1-4 biji)
👉Bunga Lawang (1-3 biji)
👉Serai ( 2 batang diketuk)
👉Daun Kari ( ikut suka)

Bahan Menumis ( BLENDER)
👉Bawang Putih ( 4 ulas)
👉Bawang Besar ( 2 ulas)
👉Halia ( sebesar ibu jari)
👉Serai ( 2 batang)

Blender bahan - bahan di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.


Seterusnya BLENDER sekali lagi bahan- bahan berikut:

👉Cili Kering( agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak) 
👉Bawang Besar ( 2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
👉Perencah Kari Daging ( jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )

Bila bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan yang baru diblender tadi.

Masak sampai pecah minyak.

Sambil- sambil tu rebus daging.Air daging jangan dibuang ya.

Dah pecah minyak masukkan 
👉air daging
👉daging
👉kicap kipas udang atau kicap mudim.

Last sekali masukkan 
👉garam
👉gula
👉ajinamoto
👉perencah masakan

mengikut citarasa anda.

Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan 

SELAMAT MENCUBA 


Kredit : Najwatul Farhana Md Fazli

Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Rubiah Kadir
AUTHOR
Rabu, Julai 24, 2019 9:19:00 PTG delete

Sedapnya daging masak hitam ni. Letak rempah daging juga. Boleh cuba.

Makan dengan nasi hujan panas pun sedap ni ;)

Done follow sini #1412

Reply
avatar
Selasa, Julai 30, 2019 11:22:00 PTG delete

sedapnya daging masak hitam :D btw saya follow sini #1413 mind followback jika free ya :D

sayesyadiya.blogspot.my

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon