Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Bertudung - Anti Kelemumur

Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Bertudung - Anti Kelemumur


Rambut merupakan mahkota berharga bagi seorang wanita tak kira yang memakai hijap atau pun tidak.. Tapi zaman yang moden sekarang rambut bukan sahaja mahkota wanita tetapi untuk lelaki juga. Ya, sebab rambut memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang itu.. Penampilan yang menarik mampu menaikkan keyakinan kita..

Masalah yang hampir kebanyakkan di hadapi setiap kita ialah keguguran rambut dan kelemumur.. Dah la rambut banyak gugur, bila sikat dah macam musim salji je kelemumur jatuh dari kepala. Risau di buatnya..

Ada beberapa tip yang kita boleh ikut untuk penjagaan rambut:

1: Cuci rambut secara berkala - Tak perlu cuci rambut setiap hari, di sarankan selang sehari, jika terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci tu, gosok dan urut kulit kepala perlahan-lahan. 

2: Keringkan rambut - elakkan kering rambut mengunakan pengering rambut. Keringkan secara semulajadi atau mengunakan tuala. Bagi yang berhijap, pastikan rambut kering betul-betul sebelum menggunakan hijap. Ini untuk mengelakkan rambut rosak dan kepala berbau.

3: Urai rambut - bagi yang berhijap, bila balik kerumah, uraikan rambut. Dan bagi yang tak berhijap, buka ikatan rambut. Supaya kulit kepala bernafas, tak berpeluh dan kering sebelum mencuci rambut.

4: Pilih Syampu yang sesuai - Wanita berhijap kini mempunyai pilihan untuk memilih syampu yang sesuai dengan mereka. Dan bagi aku yang tergolong salah seorang yang berhijab, pilihan aku ialah Safi Shayla. 


Ya pilihan aku ialah SAFI SHAYLA - Pakar Rambut Wanita Bertudung.


Dan masalah yang aku alami ialah kelemumur, jadi syampu yang sesuai untuk aku ialah Anti Kelemumur.

Ada 3 step yang perlu diikuti untuk mengatasi masalah yang aku hadapi sekarang.

Step 1: MINYAK RAMBUT ANTI-KELEMUMUR


Minyak rambut SAFI Shayla menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari. Mengurangkan kelemumur, minyak & kulit kepala gatal. Tahan 8 jam wangian berdasarkan ujian makmal.

Selain itu, memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari. Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting. Mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.

Cara penggunaan : Goncang sebelum guna. Urutkan minyak perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3-5 minit. Kemudian Syampu.


STEP 2: SYAMPU SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR


Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur.

Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur. Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

Cara penggunaan selepas menggunakan Minyak rambut anti-kelemumur: Syampu (dengan amaun yang lebih banyak daripada syampu safi shayla yang biasa). Urut dan sebati pada kulit kepala. Kemudian bilas sehingga bersih. Guna 1-2 kali seminggu.


STEP 3: SAFI SHAYLA MASKER PENYEGAR KULIT KEPALA KAWALAN KELEMUMUR & GATAL


Masker Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla Kawalan Kelemumur  dan gatal membantu mengurangkan kelemumur ke atas 100% subjek daripada cucian pertama. Tiada lagi kulit kepala gatal, bau kepam dan minyak diserap agar kulit kepala sentiasa segar. Haruman juga mampu kekal selama 48 jam pada rambut anda. 

Cara penggunaan: Ratakan masker penyegar kulit kepala dan urut kulit kepala perlahan-lahan selama 1 minit. Kemudian, bilas. Penggunaan jerap bersama Syampu dan Perapi rambut Safi Shayla untuk hasil terbaik.

Ikuti 3 langkah mudah ini, pasti masalah kelemumur pada rambut korang dapat di atasi..



Dapatkan Free Sling Pouch Limited Edition WE BARE BEARS segera...

Untuk setiap pembelian RM 35 dan keatas korang boleh dapat secara percuma SLING POUCH EDISI TERHAD WE BARE BEARS 

Comel kan..

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 

Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon