Tips Melancong ke Istanbul

Tips Melancong ke Istanbul



Turki merupakan salah satu negara yang terletak di benua Eropah dan mempunyai lebih dari 80 negeri di dalamnya dan salah satunya ialah Istanbul. Istanbul pula adalah sebuah bandar yang mempunyai pelbagai seni budaya dan sejarah yang tidak pernah ditelan zaman. Ia merupakan bandar yang penuh dengan ciri-ciri islamik dan mampu menarik pelancong saban tahun untuk mengunjunginya.

Jadi korang, itu lah dia sedikit sebanyak intro mengenai bandar Istanbul yang terletak di antara bahagian Timur dan Barat Turki. Jadi hari ni aku nak share beberapa tips atau panduan yang korang boleh follow kalau korang memang berhajat untuk menjadikan Istanbul ni salah satu destinasi pelancongan korang.


Terlebih dahulu, aku nak share sedikit info mengenai penembahan tiket penerbangan. Pada yang belum tahu, untuk ke Istanbul, korang boleh memilih untuk mendarat terus di Istanbul Airport. Terdapat pelbagai airline yang menawarkan penerbangan ke sana. Disebabkan jarak perjalanan yang jauh, ia akan membuatkan korang keletihan jika tiada keselesaan semasa di dalam flight. Jika korang mencari penerbangan yang selesa untuk sepanjang penerbangan, korang boleh mencuba Qatar Airways online promo dari Traveloka ni. Jangan risau, laman ini diyakini 100% trusted sebab aku pernah book tiket untuk ke Thailand. Kalau korang berminat nak book tiket ke Thailand, korang boleh terus click flights to Bangkok online promo.

Itu lah sedikit tips dari aku dalam pemilihan airline. Sekarang, jom teruskan membaca untuk persediaan anda sebelum ke Istanbul.

Pilihan musim untuk ke Istanbul


Disebabkan Istanbul terletak di Turki, jadi ia tidak boleh lari dari 4 musim yang ada. Korang boleh pilih mana-mana sahaja musim yang anda suka. Cumanya suka untuk aku ingatkan bahawa pada musim sejuk, suhu di sana boleh mencecah di bawah paras beku. Maksudnya negative la. Kalau tak tahan sejuk, boleh pergi pada musim panas. Musim panas pula suhunya mencecah sehingga 45 degree. Boleh tahan juga panasnya. So pilihan semua di tangan korang. Di bawah saya ada senaraikan bulan mengikut musim supaya senang untuk anda rujuk.

Musim sejuk : Disember – Mac

Musim panas : Jun – September

Musim bunga : April – Mei

Musim luruh : Oktober – November


ATM dan Mata wang

Korang boleh melakukan pertukaran mata wang ini di Malaysia, tapi tidak perlu banyak cukup lah sekadar untuk korang berbelanja sebelum check in. Ini kerana korang boleh sahaja melakukan pengeluaran wang di sana menggunakan ATM dengan mengaktifkan pengeluaran antarabangsa bagi kad korang sebelum bertolak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kehilangan wang dalam jumlah yang banyak.


Akan tetapi kalau korang perlu juga membuat pertukaran di Istanbul, elakkan untuk lakukannya di airport sebab mereka akan cas dengan harga yang lebih mahal.

Bahasa (Language Barrier)

Bagi kebanyakkan masyarakat yang hidup di Istanbul, mereka tidak mahir untuk becakap dalam bahasa Inggeris. Jadi apa yang perlu korang lakukan ialah untuk belajar sedikit sebanyak bahasa atau perkataan dalam bahasa mereka. Korang boleh dapatkan buku bahasa Turki di kedai buku dan bawa semasa trip ke sana. Tetapi jika korang betul-betul ingin menanyakan dalam bahasa Inggeris, korang boleh cuba bertanya pekerja di hotel ataupun di Bazaar.


Data Internet

Buat pengetahuan korang, Turki bukanlah seperti di kebanyakan negara-negara lain yang mempunyai kemudahan internet dan wifi yang mudah didapati. Walaupun negara ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi, kemudahan internet dan wifi adalah limited. Oleh itu, pembelian data bagi satu simkad adalah mahal. Ia boleh mencecah sehingga 90 Lira bagi 1gb data. Jadi gunalah data itu hanya sekadar untuk mencari lokasi dan search perkara-perkara penting sahaja.

Pakaian yang bersesuaian

Pakaian adalah bergantung dengan musim bila korang ke sana. Jika musim panas, korang perlu memakai pakaian seperti di Malaysia sahaja dan bawa pakaian lebih kerana korang akan kerap berpeluh dan merasa melekit ketika berada di sana. Jika korang pergi pada musim sejuk pula, bawa sahaja baju tebal, sarung tangan dan penutup kepala dan beberapa helai baju untuk tidur. 


Barang keperluan 

Losyen, sunblock, pelembab bibir adalah perkara wajib yang korang perlu bawa kerana ia akan membantu kulit korang menjadi lebih selesa ketika musim panas dan musim sejuk. Jangan lupa untuk berjalan dengan kasut bertutup kerana bercuti di Istanbul memerlukan korang untuk banyak berjalan kaki di setiap kawasan yang korang pergi.

Tisu dan botol spray juga menjadi keutamaan bagi kaum wanita muslim kerana ada beberapa masjid yang tidak mempunyai tempat mengambil wuduk bagi wanita. Jadi gunakan spray untuk lebih memudahkan korang mengambil wuduk.

Info tambahan


Pastikan korang bawa international adapter untuk plug in charger handphone dan camera yea. 

Jaga keselamatan korang sepanjang berada di sana. Hati-hati dengan pick pockets.

Elakkan untuk mengikut local yang mengajak korang ke restoran ataupun ke lorong-lorong gelap ataupun ingin mencuci kasut anda. Ini kerana mereka mungkin scammer yang ingin mengenakan korang dan akan cas dengan harga dua kali ganda mahal.

Sentiasa bawa botol air kalau pergi musim panas untuk mengelakkan hydrated.

Itu lah dia beberapa panduan yang aku dapat kongsikan untuk korang guna sebelum korang ke Istanbul. Harapnya ada la sedikit sebanyak info yang berguna untuk korang. Nanti kalau ada info yang menarik, aku akan share lagi okay. Semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik. Jumpa lagi nanti. 


Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon