Kata-kata Panduan (Part-5)



Hadiah terbaik kepada :
Kawan => Kesetiaan
Musuh => Kemaafan
Ketua => Khidmat
Yang Muda => Contoh Terbaik
Yang tua => Hargai budi mereka
Pasangan => Cinta dan Ketaatan
Manusia => Kebebasan

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.

Hiduplah seperti lilin... menerangi orang lain,
Janganlah hidup seperti duri... mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Dunia ini, ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya.
Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Akal itu menteri yang menasihati
Hati itu ialah raja yang menentukan
Harta itu satu tamu yang akan berangkat
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Selemah-lemah manusia ialah orang yang boleh mencari sahabat
Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari.

Cakap sahabat yang jujur lebih berharga daripada harta benda yang di warisi dari nenek moyang.

Ingatlah :
Sabar itu Iman
Duit bukan kawan
Dunia hanya pinjaman
Dan mati tak berteman.

Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan memperdulikanmu.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon