5 Penumpang 4 Beg


Sebuah pesawat yang membawa 5 penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan menunggu masa untuk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

Penumpang pertama berkata... "Aku adalah atlit kebanggaan negara ku... dan aku masih diperlukan untuk mengharumkan nama negaraku..." lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pun berkata... "Disebabkan aku masyarakat dunia sekarang mudah untuk berkomunikasi dan berhubung.... aku masih diperlukan, jadi biarkanlah aku terus hidup..." penumpang kedua pun terus mengambil beg kedua dan terjun...

Penumpang ketiga pula muncul... "Aku adalah pemimpin yang bijak dan terpandai di dunia... tanpa aku... bla.. bla.. bla..." 10 minit berlalu dan dengan angkuh pemimpin tersebut mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang... 
(X bejiwa rakyat betul)

Penumpang keempat memandang penumpang kelima, seorang budak belasan tahun lalu berkata... "Aku seorang muslim dan biarlah ALLAH sahaja yang menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu"

Lalu budak tersebut berkata "Janganlah bimbang pak cik... ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik... pemimpin yang kononnya bijak dan terpandai itu telah terambil beg sekolah saya"

*** Korang pklah sendiri... siapa kelima2 penumpang ni...
Dialog asal ni ada menyebut siapa memegang watak kelima2 penumpang ni...
Dan aku olah sedikit.... 
Supaya x da siapa2 terasa bila membaca... ***

Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen
AmirFX
AUTHOR
Selasa, Disember 20, 2011 12:02:00 PTG delete

Pemimpin lah nya tek.. haha.. Check2 salah ambik beg.. haha..

Reply
avatar
Bui Junaidi
AUTHOR
Selasa, Disember 20, 2011 12:11:00 PTG delete

padan muka pemimpin ya nak..kejeron glak..haha

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Selasa, Disember 20, 2011 1:13:00 PTG delete

@AmirFX hahaha.... yalah... terlebih panday...beg sekolah di ambik nya...

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Selasa, Disember 20, 2011 1:15:00 PTG delete

@Bui Junaidi hehehehe... nang kejeron glak kak... pemimpin yg lbh penting dirik sendirik....

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon