Slot Akasia : Gemersik Kalbu


Wahhh....
Sekarang ni semakin byk pula novel di adaptasikan...
Kini giliran novel Gemersik Kalbu - karta Anis Ayuni...
Ni pun salah satu novel kegemaran aku...
Drama Gemersik Kalbu ni akan menggantikan Drama Tentang Dhia...
Di Slot Akasia...
Drama ini akan bermula pada 26 Disember 2011
Dari hari Isnin - Khamis... Jam 7-8 mlm....
Drama ini akan dibintangi oleh Akasha sebagai Sufian
dan Ayu Raudhah sebagai Raihana...


Sinopsis Novel Gemersik Kalbu :

Raihana... pertama kali ku tatap wajahmu, ada getar yang menusuk kalbu. Saat itu hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meski pun tawamu nampak bahagia, mengapa bening matamu bersalut luka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun jawapanmu menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Puas ku kikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali ku ulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir menggocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi ku tunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki tewas.

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali ku bilang; belajar jadi lelaki yang waras. Sekelumit pun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau dimana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar di dera atau di paksa, namun hatiku tak serapuh salju.

Akhirnya Raihana begini dan Sufian begitu. Dimanakah titik pertemuan mereka?
____________________________________

Kemungkinan nanti 2 buah lagi novel Anis Ayuni juga akan di adaptasikan...
Manisnya Cinta dan Rindu Bayangan...


Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Bui Junaidi
AUTHOR
Jumaat, Disember 02, 2011 12:47:00 PTG delete

kmk ada novel tok tp dh lupa2 ingat jln cerita nya..maok refresh balit bok ingat

Reply
avatar
masz86
AUTHOR
Jumaat, Disember 02, 2011 1:05:00 PTG delete

@Bui Junaidi heheheh... best crita tok kak... refresh kak... kelak semangat nak nangga crita tok...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon