Bukan Zoo



Mesti boring giler korang baca entry yg panjang ni....
Terima kasih aku ucapkan sekiranya korang berusaha menghabiskan bacaan hingga ke bawah... :)

Kat entry Edit Gambar Meow : Kucik [Link] ni aku ada cerita tentang Kucik yang mungkin di belit ular sawa... 

Mula2 pindah dulu... jiran2 dlm satu lorong tu boleh dikira pakai jari jer... 

Sebelah kiri rumah kosong... dan sebelah kanan rumah pula belukar setinggi org dewasa... korang boleh bayangkan apa ada dalam belukar tu....

Belakang umah pula ada parit yang dalam sedalam 10 kaki dan 10 kaki lebar... parit tu pula terus mengalir ke sungai di belakang perumahan... Disebabkan ada parit besar tu... bpk aku buat pagar disekeliling rumah sbb waktu tu kami adik beradik lagi kecil... masih bersekolah rendah dan ada yg belum sekolah lagi...

Sebelum mengetahui kewujudan ular tu... mak ngan bpk aku pernah terserempah dengan biawak... dan aku sendiri pernah melihat... tu pun kat jendela (rasa tengok haiwan kat zoo pulak)... waktu tu aku tengok biawak tu serupa macam buaya... besar... saiz seorg dewasa yg berbaring.... Sekarang ni pun biawak2 tu masih ada... aku selalu tengok dalam parit belakang umah... tp taklah besar seperti sebelum ni... 

Ni kisah budak2 nakal yg mengejar biawak...  dan biawak tu pula berusaha menyelamatkan diri... Korang nak tahu kemana biawak tu pergi... Biawak tu masuk dalam rumah... Ya Allah masa tu... memang menjerit bila tengok biawak tu masuk rumah... sampai berdiri atas kerusi dan meja sebab takut kat anak biawak tu... Fuhh... nasib baik biawak tu keluar... Tapi... Masya-Allah... bau yg ditinggalkan biawaktu sangat2lah 'mengharumkan'... satu ruang tamu terpaksa disemburkan wangian untuk menghilangkan 'haruman' yg ditinggalkan biawak tu...

Kelibat ular pula semakin kerap kelihatan bila bpk aku memelihara ayam serama... Bpk aku buat satu kandang ayam yg boleh memuatkan kira 10 ekor atau lebih ayam serama... Waktu malam, bila ayam2 berbunyi bising... bpk aku akan periksa kandang ayam, tengok kenapa ayam tu bising... Rupa2nya ada ular... Dan bpk aku pernah jumpa ular sawa yg bersaiz paha lelaki dewasa yg cuba masuk kekandang ayam... Sejak pelihara ayam, kelibat ular semakin kerap datang... bpk aku ambil keputusan dia bagi jer ayam2 dia pada kawan2 dia... keselamatan perlu diutamakan... Bila dah tak de lagi ayam... kelibat ular pun semakin kurang...

Cerita2 tentang ular tu tetap ada... satu hari tu jiran terpaksa call bomba bila dia terdengar bunyi desiran ular dlm rumah... dan bomba berjaya mengeluarkan seekor anak ular... Dan aku pernah tengoh jiran belakang rumah memanggil anggota pertahanan awan sebab ular jugak... dan mereka berjaya mengeluarkan ular tedung... Dan tahun lepas jiran pernah terserempak ular membelit sesuatu... baca entry Edit Gambar Meow : Kucik [Link]...

 Dan kelibat ular dan biawak masih ada tapi dah berkurangan sejak belukar sebelah rumah dah tak de... dan dah didirikan rumah... dan mungkin jugak byk rumah yg dah berpenghuni dan rumput disekitar rumah dipotong pendek sebelum menjadi belukar untuk mengelak perkara yg tak diingini...

***Rasa buat karangan cerita dongeng pulak... panjang lebar jer jln cerita***

P/S : Berani betul budak ni bermain dengan ular sawa yg saiz ular tu lebih besar dari dirinya...
Korang tengok lah sendiri kat SINI [Link] gelagat budak ni... huhuhu...

16foot python little boys best friend like Nagini and Voldemort2
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen
Gen2Merah
AUTHOR
Jumaat, Februari 24, 2012 1:32:00 PTG delete

seram juga yaa... tu lah pentingnya kita alert dengan kebersihan dan keselamatan sekeliling rumah kita.. soal haiwan berbisa pembawa maut ni bukan boleh main2 kan..

hati2 jak la.. (",)

Reply
avatar
Eryati
AUTHOR
Jumaat, Februari 24, 2012 2:11:00 PTG delete

euwwwww..gelinya dgn gambr budak dgn ular tu...

ular sawa mmg bau...
biawak juga bau..sebab suka makan ayam...ngahahah ni lpengalaman sendiri...nampak biawak makan ayam2 bapa sy...

ular sawa plak...pernah terpegang masa kengkawan angkat utk pindahkan ke kandang...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon