Drama Adam Dan Hawa



Drama Adam & Hawa diadaptasikan dari Novel ADAM & HAWA
Karya AISYA SOFEA....
Drama ini mempunyai 80 EPISOD dan akan di tayangkan di ASTRO...
Bila drama ini ditayangkan belum tahu lagi... COMING SOON...
So kita tunggu dan lihat... kemunculannya...

 
Aaron Aziz Sebagai Adam Mukhriz


Nadia Nisa Sebagai Ain Hawani

Sinopsis :
Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbung prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak diperdulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya jab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh memcari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani berkata memaknakan kata-katanya.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan itu memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itum, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoan cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin di simpan hati tidak tertanggung. Bagi Adam dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi....
Previous
Next Post »

7 Komen

Write Komen
Yumida
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 10:15:00 PG delete

mek suka bc novel penulis ya...

kacak bunga nak berkelip2 kt post ya

Reply
avatar
Style Me Up
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 10:47:00 PG delete

pernah bace novel ni. tapi dah tak ingat ending die cm mana.

Reply
avatar
charmyiex
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 10:56:00 PG delete

rasa mcm dah bc, tp x ingat...aron aziz hero gik ya..mesti best!

Reply
avatar
Dabel Aa
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 11:52:00 PG delete

dh baca novel ni....memang best jalan cite dia...penulis yng best, aisya sofea.... mmg patut la kan.... aaron aziz lagi ke heronya...hahahaha hero novel btol dia tu...

Reply
avatar
shiema sufian
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 12:12:00 PTG delete

Alaahaaaaaai, tak sabarnya tunggu (:

Reply
avatar
QasehSuci
AUTHOR
Ahad, Mac 25, 2012 1:44:00 PTG delete

dah baca cerita nie memang best...baisanya klu dibuat drama memang best lagi2 Aron Aziz jadi hero...hihih

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon