Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga


Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

::::Namun perempuan lebih ramai di neraka..::::

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.

Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Sumber :  FB : Lukisan Dakwah Islam
Previous
Next Post »

30 Komen

Write Komen
are_lin@yu
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 1:16:00 PTG delete

mudahkan kita nak masuk syurga..moga akhlak kita terus dijaga ;-)

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 1:29:00 PTG delete

Semoga kita terpilih untuk memasuki mana2 pintu syurga...

Reply
avatar
Rabu, Julai 25, 2012 1:30:00 PTG delete

Amin...mintak-mintak kita diantara golongan tu la ye...

Reply
avatar
Deqla manjew
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 1:40:00 PTG delete

mudah juga masok neraka kan? penghuni syurga dan neraka rata2 kaum hawa...dlm dunia ni pun ramai kaum hawa berbanding adam..

Reply
avatar
Rabu, Julai 25, 2012 2:11:00 PTG delete

Masyaallah.....semoga kita sentiasa perbaiki iman dibulan mulia ni....

Reply
avatar
Wanieys
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 2:57:00 PTG delete

betul tu cukup senang nak masuk syurga...cukupkan syarat2 kat atas tu

Reply
avatar
Rabu, Julai 25, 2012 3:28:00 PTG delete

masyaallah...terima kasih Masz atas perkongsian tersebut...

Reply
avatar
Chic Na
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 4:02:00 PTG delete

nampak senang je kan. tapi mungkin susah nak membuatnya. semoga kita semua dipermudahkan. :)

Reply
avatar
BERT
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 4:07:00 PTG delete

beruntung kita jadi perempuan sebab mudah masuk neraka... nak taknak je buat kan hehe..

Reply
avatar
Cik Nur
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 4:21:00 PTG delete

Amin..moga kita tergolong dalam golongan yang boleh pilih mana2 pintu syurga.. :)

Reply
avatar
aReLaN
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 5:05:00 PTG delete

mudah tapi ramai yang ambil mudah.hmmm...moga kita sume dijauhkan dari azab neraka

Reply
avatar
Miss BaNu
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 5:38:00 PTG delete

aminnn moga2 kita dlm golongan yg msuk syurga...

Reply
avatar
dyabunga
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 5:54:00 PTG delete

semoga kita sentiasa perbaiki iman kita.. huhu..

Reply
avatar
LYAfrina
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 6:02:00 PTG delete

amin... sama2 kt menuju k pintu syurga...

Reply
avatar
Aine Ainun
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 6:45:00 PTG delete

semestinya kita mengimpikan syurga...
semoga usaha kita jua kearah itu, dan sentiasa mendapat petunjuk... Aminnn

Reply
avatar
Hanif Idrus
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 6:55:00 PTG delete

Entri yang baik untuk peringatan bersama

Reply
avatar
N.Aima K
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 10:22:00 PTG delete

terima kasih di atas peringatan..

Reply
avatar
Rabu, Julai 25, 2012 10:29:00 PTG delete

postingan yg bagus...
sangat bermakna
salam ramadlon, silahkan singgha
terima kasih

Reply
avatar
Deru Ombak
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 10:46:00 PTG delete

Salam my dear Masz...

Anty pun lama sungguh x ziarah Masz di sini. Anty nak ucapkan selamat berpuasa pada Masz Dan keluarga k.

Untuk n3 di atas, anty hanya boleh komen satu perkara. Tersangat untung kita ini menjadi wanita. Tetapi masih ramai lagi wanita di luar sana yang mengabaikan perintah Allah yang sgt mudah untuk di amalkan.

Masz.. Terus berpegang dengan petintah Allah..kerana Syurga yang di janjikan, menanti kita di sana. Insyaallah. :)

Reply
avatar
Misz Mieza
AUTHOR
Rabu, Julai 25, 2012 10:46:00 PTG delete

Semoga kita semua terpelihara dalam sifat2 mahmudah..

Reply
avatar
Cendol
AUTHOR
Khamis, Julai 26, 2012 12:00:00 PG delete

prmpuan nk masuk syurga,syaratnye mudah..tapi kene lah ikot syariat ye

Reply
avatar
Khamis, Julai 26, 2012 9:52:00 PG delete

smoga kita trgolong dlm golongan org yg msuk syurga..amin...

Reply
avatar
Khamis, Julai 26, 2012 12:09:00 PTG delete

insyaallah...Allah lindungi dr pintu neraka..amin amin

Reply
avatar
Nazayiena
AUTHOR
Khamis, Julai 26, 2012 12:36:00 PTG delete

Semoga kita tergolong dlm isteri yg msk syurga di pintu yg kita pilih.

Reply
avatar
Khamis, Julai 26, 2012 6:58:00 PTG delete

bagus entry ya masz...thanks kongsi..

Reply
avatar
9n0L4
AUTHOR
Jumaat, Julai 27, 2012 12:30:00 PG delete

mudah masuk syurga tapi mudah juge masuk neraka kan.

Reply
avatar
Yana Libra
AUTHOR
Jumaat, Julai 27, 2012 10:42:00 PG delete

moga kita semua dipermudahkan urusan di dunia dan dia akhirat nanti~

amin :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon