Novel : Andai Itu Takdirnya 2


Andai Itu Takdirnya 2 merupakan kesinambungan novel Andai Itu Takdirnya..
Karya Novelis Siti Rosmizah..
Kesinambungan kisah Syed Aizril dan Aleya..
Kisah pergolakan rumah tangga.. kisah kekeluargaan, kisah orang ketiga dan .....

Novel ni berjaya buat aku menangis ketika membaca.. huhuhu
Satu golong tisu tak cukup.. hahaha
Dengan air mata, sampai berhingus...
Baca dari mula hingga habis..
Bila selesai baca bengkak mata sbb nangis...
Si Syed Aizril ni memang bikin hati marah je, dia ulang lagi sikap lama dia...
Kesian Aleya, sebab anak-anak dia sanggup bertahan...

Kesimpulan yang aku dapat dari novel ni banyak sangat..
Pertama.. Jangan terlalu sanjung sangat ego tu.. rendahkan sikit ego tu, tak rugi apa-apa..
Kedua.. Jangan jadi Hamba Duit.. 
Ketiga.. anak itu rezeki.. setiap anak sudah di tentukan rezekinya.. jangan mengeluh dan terima dengan hati yang lapang dan redha..
Keempat.. Jangan ulangi kesilapan lama, belajar dari kesilapan dan berusaha memperbaiki diri..
Kelima.. Kasih Sayang lahir ikhlas dari hati, tidak dapat di jual beli..
Bila permata sudah ada dalam gengaman jagalah dengan sebaiknya.. 
Jangan di sebab kan kaca yang tak berharga, permata di buang ke tepi..
Dan yang terakhir.. sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna..

Kalau nak tahu penghujung korang baca sendiri.. Sebelum tu sediakan tisu, mesti korang nangis baca... huhu

SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana!
Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja.
“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Berkecai hati Aleya mendengarnya! Aleya terseksa! Hidupnya menderita! Dia dipisahkan dari anak-anaknya!
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”
Aleya nampak anak-anaknya melambai tangan padanya bersama air mata menitis-nitis di pipi mereka.
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Aleya menangis semahu-mahunya sambil memeluk erat bekas makanannya.
Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya!
“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Sebak suaranya.
“isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Jelas kelukaan pada setiap patah katanya.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril bersama air mata basah di wajah.
“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”
Perlu ke Aleya berpaling lagi? Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Maafkan mama sayang, mama dah tak mampu menelan! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.
Previous
Next Post »

6 Komen

Write Komen
Khoo Chee
AUTHOR
Rabu, Mei 27, 2015 3:44:00 PTG delete

reen.. tumpang nangis here.. huhuhu..

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
Khamis, Mei 28, 2015 12:42:00 PTG delete

ya, jangan jadi Hamba Duit
adalah sangat kasihan orang yang hidup kerana duit.... :(


*selamat menyertai keluarga besar #EFG ..we are brothersisterhood...!!*

Reply
avatar
ordinary wawa
AUTHOR
Khamis, Mei 28, 2015 4:58:00 PTG delete

Walaupun kamek dah sik layan novel gik tapi baca sipnosis cerita tok molah kamek jadi excited mok tauk.

Reply
avatar
Jumaat, Mei 29, 2015 12:56:00 PG delete

seronoknya baca novel nangis ni..hihi..emosi lebih

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
Jumaat, Mei 29, 2015 1:08:00 PG delete

pergh emosi betul yang kedua ni. saya dah baca yang pertama. memang sedih gila la...

Reply
avatar
aRz MoHa
AUTHOR
Ahad, Mei 31, 2015 12:47:00 PTG delete

Wah peminat novel rupanya reen

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon