Projek Iqra : Bazaar Yayasan Mahabbah, Shopping Raya 2015,

As Salam..
Apabila menjelang Raya, terbayang di fikiran meriahnya suasana apabila dapat memakai pakaian baru dan kasut baru... 
Dan pastinya wajah akan di serikan dengan senyuman apabila dapat memakai pakaian yang khas di belikan untuk Hari Raya...
Jom sama-samalah kita memberi sedikit keceriaan dengan menyokong 
dengan menaja Anak Yatim Asnaf, Anak-anak Asnaf dan Ibu Tunggal..
Sumbangan yang di berikan mampu memberi kebahagian dan senyuman kepada mereka.


Insya Allah pada 22 Mei 2015 (JUMAAT) Projek Iqra akan bersiaran di RADIO BERNAMA24 frekuensi 93.9FM pada jam 8.30am untuk membicarakan mengenai acara BAZAAR YAYASAN MAHABBAH yang merupakan salah satu lokasi Shopping Raya 2015. 
Yang uniknya, di lokasi tersebut, seramai 150 orang kanak-kanak dan 50 keluarga asnaf yang di taja melalui Projek Iqra ini tidak akan dibawa keluar ke pusat membeli belah, sebaliknya barang persiapan raya akan di bawa kepada mereka. Konsep unik ini merupakan konsep pertama yang disertai oleh Projek Iqra.


Dan untuk pengetahuan anda, pada 15 Mei 2015 yang lalu pihak Projek Iqra telah bersiar di Radio Bernama24 jam 8.30 pagi membicarakan Shopping Raya 2015.
Jom sama-sama kita membantu, 
Hulurkan tangan ringankan beban...




#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shopping raya2015

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi no. bawah.
Solleh 017-6702033
Sharifah 0172748904
Khairul Anuar 016-7361067
Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
Arina Shamsul
AUTHOR
Jumaat, Mei 22, 2015 3:58:00 PTG delete

projek yg baik..loike banyak2 😄

Reply
avatar
Projek Iqra'
AUTHOR
Isnin, Mei 25, 2015 5:12:00 PTG delete

terima kasih kerana berkongsi info mengenai Shopping Raya 2015 :)

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
Jumaat, Mei 29, 2015 1:11:00 PG delete

bagus ada projek macam ni kan. alhamdulillah :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon