Projek Iqra : Kempen Taja Shopping Raya 2015

As Salam..
Menghitung detik Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma  tak lama lagi...
Marilah kita bersama-sama beramal dan membuat kebajikan dan amalan..
Dan sumbangan yang sedikit mampu memberi sinar dan senyuman di wajah insan-insan yang memerlukan...
Semperna Hari Raya tak lama lagi. Persatuan Kebajikan Projek Iqra ingin mengumpul tajaan sebanyak 600 orang yang menerima manfaat..

Tujuan Projek Iqra mengadakan Kempen Taja Shopping Raya 2015 ialah :
~ Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
~ Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
~ Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
~ Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
~ Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. 
~ Surah Al-Baqarah, Ayat195

Siapa Mereka?
Penerima tajaan ini terdiri daripada ANAK YATIM ASNAF, ANAK-ANAK ASNAF dan IBU TUNGGAL.

Di Mana?
Rumah Kebajikan yang terlibat adalah Rumah Kebajikan dan Komuniti di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.

Nilai Tajaan.
Nilai Tajaan adalah RM200 untuk seorang penerima manfaat. Ianya boleh di kongsi dengan rakan-rakan untuk membolehkan lebih ramai penerima manfaat di taja.
Formula berkongsi tajaan adalah seperti berikut :
RM200 = 10 Orang Penaja x RM20
RM200 = 5 Orang Penaja x RM40
RM200 = 2 Orang Penaja x RM100
Walau bagaimanapun apa jua nilai sumbangan yang anda ingin sumbangkan, pihak Projek Iqra terima dengan berlapang dada..

Tajaan boleh di salurkan ke :
MAYBANK - 5648 1050 4003
Email : info@projekiqra.com

Anda juga boleh melayari laman web Projek Iqra http://www.projekiqra.com/ dan facebook PROJEK IQRA

Segala pertanyaan boleh hubungi :
Suhaimi - 016 206 5597
Solleh - 017 760 2033
Sharifah - 017 274 8904


"Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." ~ Surah Al-Baqarah, Ayat 254

Previous
Next Post »

3 Komen

Write Komen
mas saari
AUTHOR
Khamis, Mei 14, 2015 8:27:00 PG delete

sama² lah membantu mana yg termampu..

Reply
avatar
Projek Iqra'
AUTHOR
Khamis, Mei 14, 2015 2:14:00 PTG delete

Terima kasih diatas sokongan yang diberikan :)

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
Jumaat, Mei 29, 2015 1:14:00 PG delete

in shaa ALLAH sama-sama kita membantu :)

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon