Kelebihan Mandi Awal Pagi

Kelebihan Mandi Awal Pagi


Kelebihan Mandi Awal Pagi

Air terlampau sejuk sering dijadikan alasan untuk mengelak mandi awal pagi. Lupakan 'kesengsaraan' mandi air sejuk dan elak pemanas air kerana terdapat banyak kebaikan apabila anda mengamalkan mandi pagi.

1. Membantu bakar lemak
  • Ketahuilah bahawa terdapat dua jenis lemak di dalam tubuh anda iaitu lemak putih dan lemak kuning. Lemak putih merupakan lemak yang paling sukar untuk disingkirkan. Lemak yang tidak dibakar akan menjadi lemak tepu di dalam badan terutama di bahagian pinggang, belakang badan, leher dan peha. Manakala, lemak kuning adalah lemak baik yang membantu menghangatkan tubuh badan ketika di dalam cuaca sejuk. Bayangkan apabila anda mandi awal pagi, air sejuk mampu membantu membakar kalori dan mengurangkan berat badan anda!

2. Memulih tubuh selepas senaman
  • Para atlet sering mengamalkan mandi ais setelah tamat latihan untuk mengurangkan kebengkakan dan keletihan. Namun, anda tidak perlu sehingga ke tahap seperti atlit tetapi memadai mandi air sejuk sebaik saja anda tamat latihan atau bersenam. Mandi air sejuk selepas bersenam mampu menenangkan rasa penat dengan lebih cepat.

3. Meningkatkan mood dan tenaga
  • Sesiapa saja pasti merasa 'malas' untuk bangun dari tidur lebih-lebih awal pagi. Rahsia lebih bertenaga selepas bangun tidur adalah dengan mandi air sejuk kerana ia membuatkan pernafasan lebih mendalam, kadar denyutan jantung meningkat, perjalanan darah lebih lancar dan lebih segar pada awal pagi.

4. Menguatkan imuniti dan peredaran
  • Masih ingat lagi kebaikan mandi air sejuk yang mampu meningkatkan kadar metabolik yang mampu mengurangkan lemak? Peningkatan kadar metabolik ini telah mendorong sistem imun dimana ia mengeluarkan sel darah putih yang boleh melawan virus punca anda sakit. Mandi air sejuk juga membantu meningkatkan peredaran darah di seluruh tubuh, mengelak tekanan darah tinggi dan pengerasan arteri.

5. Membantu mencantikkan kulit dan rambut
  • Jika anda mahu mengurangkan pengeluaran jerawat, mandi air sejuk boleh membantu! Hal ini kerana mandi air panas menyebabkan kulit menjadi kering manakala air sejuk membantu mengecilkan liang pori dan elak minyak dari tersumbat. Air sejuk juga membantu menghasilkan rambut sihat kerana air sejuk akan menutup kutikel dan mengurangkan kotoran yang terkumpul pada kulit kepala.

Selain mendatangkan manfaat, mandi air sejuk juga lebih jimat kerana anda sudah tidak memerlukan alat pemanas air. Maklumlah, alat pemanas air cepat menggunakan tenaga dan menjadi punca bil elektrik naik. Apa lagi... Jom mandi awal pagi!

Rasulullah SAW sendiri mengamalkan mandi sekitar empat pagi iaitu sebelum subuh kerana membantu membuatkan wajah bercahaya, doa lebih makbul, wajah awet muda, tubuh badan sihat, terhindar dari angkara sihir dan elak dari penyakit asma.
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon