Resepi Berasaskan Telur, Mudah Di Sediakan

Resepi Berasaskan Telur, Mudah Di Sediakan

Resepi Berasaskan Telur, Mudah Di Sediakan | Ramdahan bakal menjelma tak lama lagi, pastinya kita mencari sajian makanan yang mudah di sediakan, untuk wanita bekerjaya, masa yang terhad untuk memasak untuk berbuka puasa sangatlah mencabar. Di harap perkongsian Resepi ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan membantu kita memasak dengan mudah dan cepat


KURMA TELUR REBUS BERSAMA CILI HIJAU

BAHAN-BAHAN:
  • 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
  • 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
  • 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
  • 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
  • 300ml air
  • 8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
  • 2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 labu bawang putih | dihiris
  • 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
  • Rempah 3 beradik secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 3 helai daun pandan | disimpul
  • 4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya

CARA MEMASAK:
  • Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
  • Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
  • Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
  • Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.



TELUR KUKUS GORENG

BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur
  • 2 sudu makan susu cair
  • Sedikit daun ketumbar | racik
  • 4-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
  • Sedikit daging ayam |potong kecil
  • Sedikit cili benggala merah | potong dadu
  • Sedikit cili benggala hijau |potong dadu
  • Garam secukup rasa 

CARA MEMASAK:
  • Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
  • Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
  • Kukus dalam 5 hingga 10 minit.
  • Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikuti cita rasa anda dan goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan.
  • Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones.



SAMBAL TELUR HANCUR

BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  • Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  • Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  • Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.



TELUR DADAR CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur | dipukul sebati
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/2 sudu teh kicap cair
  • 1/2 sudu teh garam
  • 20gm cendawan butang | dihiris
  • 20gm cendawan China/Shitake
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali lain, dan masak telur dengan api perlahan.
  • Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
  • Terbalikkan telur tersebut dan besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
  • Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong.



TELUR SUMBAT BERDAGING

BAHAN-BAHAN:
  • 400gm daging cincang
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 50gm daun sup | dihiris halus
  • 100gm serbuk roti
  • Garam dan serbuk perasa
  • 2 biji telur ayam | direbus dan buang kulit

CARA MEMASAK:
  • Campurkan semua bahan di atas kecuali telur rebus. Gaul sebati.
  • Balut telur rebus dengan campuran daging kisar tadi dengan kemas.
  • Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
  • Potong dua dan sedia untuk dihidang.



PAIS TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji telur masin
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • Sedikit hirisan daun limau purut
  • Sedikit hirisan serai
  • 2 sudu makan santan pekat
  • Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:
  • Sediakan daun pisang.
  • Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
  • Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi.
  • Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
  • Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
  • Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
  • Keluarkan dan sedia dihidangkan.



TELUR MASIN LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur masin
  • 1 batang serai | titik
  • 1 ulas bawang merah | kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2cm kunyit hidup | kisar
  • 10 biji cili padi | kisar
  • 1 mangkuk santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
  • Masukkan semua bahan kecuali telur.
  • Didikan kuah sehingga mendidih.
  • Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
  • Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
  • Tutup api dan hidangkan.



PARPU TELUR

BAHAN-BAHAN:
  • 100gm kacang thoor dal | rendam
  • dalam air panas selama 10 minit
  • 4 biji telur
  • 1 biji kentang |dipotong
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • ½ sudu teh biji sawi
  • ½ sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai cili kering
  • 100gm santan pekat
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
  • Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk.
  • Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak.
  • Masukkan santan dan kacau selama 5 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak.
  • Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan.
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna.
  • Masukkan tomato dan kacau selama 5 minit. Tutup api.
  • Tuang ke dalam campuran dhal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa.
  • Sedia dihidangkan.
Selamat Mencuba

Previous
Next Post »

5 Komen

Write Komen
teratai
AUTHOR
Sabtu, Mei 06, 2017 5:54:00 PTG delete

Sedapnya..memang suka apa2 resipi yang ada telur!

Reply
avatar
Sabtu, Mei 06, 2017 9:08:00 PTG delete

Terima kasih atas perkongsian. Takde la kering idea nak fikir masak apa hari hari.

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
Ahad, Mei 07, 2017 12:33:00 PG delete

Amboi banyaknya resepi berasaskan telur...sedap ni...Akak ambil reepi ye..senang untuk bawak bekal pergi kerja dan senang untuk Ramadhan nanti...

Reply
avatar
AimNub Haris
AUTHOR
Isnin, Mei 08, 2017 4:32:00 PG delete

Sedapnya semuaaa...!!
Tak sabar nak cuba resipi2 ni.. :)

...

Reply
avatar

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon