Kepala Kuda Minum Air Miri Runtuh?

‘Kepala kuda minum air’ runtuh?


MIRI : ‘Kepala kuda’ yang seakan-akan sedang minum air yang menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di sini, dilaporkan runtuh pada semalam.

Berdasarkan satu video yang dimuat naik oleh saluran Durian Flix di Youtube pada semalam, penduduk di sekeliling kawasan berkenaan turut terkejut mengenai kejadian itu.

Salah seorang saksi menyatakan bahawa ‘kepala kuda’ itu masih kelihatan semenjak beberapa hari lalu, namun tidak menyedari ia telah runtuh.

Beberapa saksi yang juga merupakan pekerja di tapak pembinaan turut mengesahkan bahawa ikonik pelancongan berkenaan telah runtuh namun tidak mengetahui punca ia runtuh.

Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib mengenai perkara ini.


Kredit: FecebookTV Sarawak.com

Lihat video penuh disini : https://youtu.be/kCdBF4qrako
Latest
Previous
Next Post »

[PENAFIAN] : www.mreena.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon